Wednesday, October 20, 2010

Anda Suka Gemok & Basah?


Tajuk sangat blue! Bukan, bukan...ini bukan cerita blue!

Ini cerita tentang kegilaan makan ►► gila makan ♥ BURGER

Kalau anda suka kan burger yang gemok, basah, melimpah-limpah, sedap, berkrim & disukai ramai - anda pasti mahu kunjungi gerai BOB BURGER

Peace y'olls frm Bob ;)

Siapa tu? 
Aku pon tak tau! Aku tak kenal, bukan sedara aku, bukan jugak kawan aku...

Abes tu mane ko tau pasal die?
Aku accidentally terjumpa link orang share kat facebook, aku klik and baca review yang blogger tu post. Sejurus selepas itu nafsu aku pon terus membuak-buak macam (nafsu makan okeh) orang hilang akal! Korang nak baca tak? 



Owh..so ko pegi tak?
Nak mati tak pegi? Opkos la mak pegi uols...kali pertama pegi dgn Wan masa bulan puasa tak silap. Sampai sesat siap tanya orang arah nak ke sana. Sampai aje, tgk-tgk BOB baru nak bukak gerai apa pon tak siap lagi. Frust, balik je..tapi puas hati sbb at least dah tau jalan. Then, asyik "tanamkan keazaman" dalam hati aku mesti pegi jugak nak rasa, tapi tak adoooo..until one fine day masa tgh online facebook, aku sajer je share link kt atas tu dgn member2 x-sekulmets & derang trus wat plan nak serangggg versi beramai-ramai.. 


Uuuu..sedap tak? *dgn muka excited*
Terbaeeeeeekkkkkkkk!! Tu je aku boleh cakap...

Aku order AYAM DOUBLE CHEESE SPECIAL yang berharga RM 5.00


Maafkan je lah gambar yg goyang ni..
 



RASA : ★★★★★
5 bintang definitely! BOB tak kedekut bahan-bahan - sos cili + black pepper + mayonis yang melimpah ruah, bawang yang digoreng dulu dgn Worchester sauce & butter sebelum ditepek kan ke atas bungkusan telor 2 keping daging yang sangat sedap lemak berkrim disukai ramai..ditambah pulak kepingan cheese yg cair ooooo syahdunye!!

SERVIS : ★★★★
Servis agak slow kalau ada ramai yang menunggu & banyak order. Oleh itu, it is advisable untuk order sejurus anda sampai di situ sebelum mula mencari meja utk duduk & mengumpat! 

PERSEKITARAN : ★★½
BOB buka gerai ni betul-betul depan umah die..maka pemandangan sekitarnya adalah kawasan perumahan teres setingkat dgn kenderaan yg kadang-kadang lalu lalang. Ada lebih kurang 5 buah meja disediakan untuk anda yang nak lepak sambil makan & mengumpat borak di situ. Nak basuh tangan? Takde sinki ye (korang ingat ni kedai mamak ke?), sila pegi basuh tangan anda di paip air yang ada di luar rumah BOB tu.

HARGA : ★★★★½    
Harga pada aku berpatutan dengan burger yg aku makan. Dah la double, cheese pulak, special lagi....hrmm ok! 

Kwn-kwn yang lain tak se-lapar aku & Wan rasanya sbb diorang makan burger single je (diorang pon single & available jugak). Tak Anthony Bourdain la uols!! Tapi Aley makan Triple Special tak silap harga RM 10 - haaa ni baru la geng mak okeh! Lahap tahap NAGA! Wakakakkaka ;p Tak sempat nak snap gambar pon, Aley dah bedal separuh masok perut die yang mmg tgh lapar tu..ye lah, masing-masing pon baru balik keje kekdahnya! Lain kali aku nak try Lamb Tiesto pulak..

Nak pegi? Hah ni alamat, pegi laaa..AAK!


5, Jalan AU 5C/1,
Taman Lembah Keramat,
54200 Kuala Lumpur
Bob: 013-6402237
Caer: 017-2681781
GPS Coordinate: N3 12.118 E101 45.278
(info dari blog Bangsar Babe)


Ala...malas nak drive pegi sana. Diorang hantar tak?
Nak marty ke nok? Kalau ko duduk area umah BOB, boleh laaaaaaa dia hantar ke umah..delivery charge RM 0.50 je. Jauh-jauh sape nak antar takkan mak pulekkk? Cantik kan muka ko! Ko ingat ini McD?

Bukak pukul berapa?
4 ptg - 5 pagi setiap hari takde cuti..

Ok dah review percuma utk Bob! Perut pon dah kenyang, mari kita bergambar macam-macam bagus ;)



 

6 comments:

nizam_5282 said...

Gambar macam bagus je.. :P

Sal Abdul Rahman said...

hahhahahah keji tau! ;p

harzharun said...

uihh..xpernah aku baca sal org review sal beger...hahaha...mmg buat aku tliur weh....siap amik gmbr dgn bob lg tu...haha

Sal Abdul Rahman said...

Harz : kakakkaa..ktorang dah takde keje sgt la nama nye ni..ko turun kl leh la makan bob beger ;)

» NAJA « said...

enty ni lagi 1 aku sakit hatiiiiiiiiii 1) sebab tak appear kat blog aku 2) sebab aku kena tinggal ngan korang kekekekke

Sal Abdul Rahman said...

lenkali kita pegi le nok..kakakka ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com