Friday, August 6, 2010

Nuffnang




Hari ni saja gatal check Nuffnang stats aku yang agak sedih tu kan..kelakar pulak bila tgk keywords yang org taip hingga sampai ke blog aku ni :-

Keywords
gubahan hantaran nilai 3
saringan hiv bakal pengantin
klinik kesihatan puchong,ujian hiv
baju pengantin
kedai bunga vivian
video ku pendam duka lara

Country Uniques
MALAYSIA 94.12%
INDONESIA 5.88%

kah kah kah ade gak orang yg suka video hati lara macam aku yer? ;p
wahh ade jugak yg baca dari Indonesia? trima kasih mbak, trima kasih mas ya..kunjung lagi yuk.. ;) (eh betol ke aku cakap ni main tibai je!)

Perayaan Malaysia : Hungry Ghost Month



Menurut kepercayaan kaum Cina, bulan ke-7 dalam kalendar Lunar adalah dikenali sebagai bulan hantu lapar or in English we say the hungry ghost month. Pada hari pertama bulan tu, pintu neraka akan dibuka untuk membenarkan hantu & roh kembali ke dunia. Teringat ex-trainer aku di Fitness First KLCC cakap "pintu neraka akan dibuka!!!" dgn memek muka semua siap bercerita pasal ni.

Roh itu kemudiannya akan menggunakan peluang yang ada untuk menjenguk sanak saudara kaum keluarga, sahabat handai yg jauh & dekat (dia tak perlu naik kereta), makan-makan menjamu selera dgn hidangan & juadah yg dihidangkan (macam lagu Sharifah Aini tu) serta mencari mangsa. Errrrrrr..mencari mangsa??? marty la mak!! 

Do's & Don'ts sepanjang bulan ini?

1) jangan berdiri bwh pokok atau duduk di bus stop pada waktu malam sebab hantu suka berehat di tempat-tempat macam tu. Jadi kalau nasib "baik" nanti hantu ikut balik rumah! 

2) jangan warnakan kuku dgn warna gelap or hitam sbb hanya org dah mati yg berkuku gelap..nanti hantu ingat ur one of them! 

3) jangan sepak atau pijak pemberian atau colok yg diletakkan di tepi jalan tu sbb nanti hantu akan marah. kalau dah tersepak kene mintak maaf sebelum hantu tu take action kat kita. 

4) kaum cina juga percaya tak boleh meletak anak atas para atau meja pemberian sbb menurut kisah ada seorang mak yg nak ambik kasut anak terjatuh jadi dia letak anak nye atas para tu. bila toleh balik anak nya dah pucat lesi & mati. Iskkkkkk takot nye!


Dalam bulan hantu lapar, ada 3 hari yang dikira sebagai penting. Hari pertama bulan tu, nenek moyang akan dijamu dgn pemberian berupa makanan, - apom, limau mandarin, kuih-muih dan macam2 lagi, bau-bauan or bahasa kampong nye colok, duit hantu -duit kertas yang dibakar supaya dpt digunakan oleh roh nenek moyang. Semua pemberian ni diletakkan di makeshift altar yg dibina di luar rumah atau tepi-tepi jalan. Bila bulan ni bermula, kita semua akan dapat tgk pemandangan ni di merata-rata tempat. Back then masa aku masih tinggal di Taman Kosas, sepanjang jalan dari lrt sampai jalan nak masuk rumah mmg akan ada.

Adalah dikatakan bahawa pemberian ni sangat penting supaya roh & hantu yang berkeliaran tak akan mengganggu orang yg hidup. Bulan hantu lapar dianggap bulan yg sangat bahaya kerana roh jahat sentiasa merayau. Bulan ini juga tidak bagus untuk evening strolls, travel, pindah rumah atau pun memulakan bisnes. Bad luck! Ada juga yang elakkan berenang dalam bulan ni sebab dipercayai ada banyak hantu dalam air yang akan tarik kaki supaya lemas! uuuuUUuuuuuu scary!!

Hari ke-15, satu festival biasanya diadakan dikenali sebagai Festival Hantu Lapar (The Hungry Ghost Festival). Awas pakcik satay! Takot tiba-tiba ada kakak cantik mintak "satay 200 tusuk" !! ;p 




Pada hari ke-15 ni roh & hantu dianggap dalam keadaan sangat agresif jadi penting supaya mereka diberikan makan sepuas-puasnya & sesedap-sedapnya, diberikan hiburan tanpa henti, dan juga supaya keluarga roh tu akan dapat good luck. Festival ni juga dikatakan dapat mengurangkan kesengsaraan si mati. Di Penang, penasihat Teong Guan Association - Datuk Lim Yam Koi dah cakap tahun ni King of Hades tak suka pertunjukan sexy girls! Instead, akan digantikan dengan pertunjukan opera. 

GEORGE TOWN: Temple committees organising Phor Thor (Hungry Ghost Festival) celebrations in Penang this year have been advised to stage Chinese operas instead of performances by sexy showgirls.
 Penang Teong Guan Association adviser Datuk Lim Yam Koi said the Tai Su Yeah (King of Hades) deity “does not fancy scantily-dressed singers”.
 
Aku belom penah nampak lagi sexy girls show sepanjang bulan hantu ni..baik di Ampang or Ipoh. Tempat lain aku tak tau. Selalu nya mmg pertunjukan opera. Taman Kosas tiap-tiap tahun akan ada pentas dekat depan umah teres 3 tingkat yg baru tu. Kadang-kadang aku layan jugak bila terlalu kat situ.

Hari terakhir bulan adalah hari pintu neraka ditutup. Sami-sami akan cakap "ok folks, it's time to leave now!" maka roh & hantu ni semua akan kembali ke neraka diikuti oleh jeritan, teriakan & tangisan sayu sebab terpaksa pulang. 

Today dekat facebook, aku baca di satu page ada share something interesting legend pasal bulan hantu lapar ni which goes :-

July in Lunar year, is not only the ghost month..it is also the very meaning full month.

According to legend, Mu Lian 's mother made a lot of bad things while she still alive, after she death, she becomes a hungry ghost . Due to Mu Lian has magic power so he try to use the magic power to see how his mother's life at hell. When he saw her mother become a hungry ghost with no food supply and very ugly he feel very sad. So he using his magic power to provide some food for his mothers. But when his mother put the foods inside her mouth, the foods immediate become chacols and flame into ashes and make his mother very pain. Mu Lian feel helpless and very sad then find his sifu to get help. He ask his sifu to save his mother from the hell. His Sifu ask him to do more good thing and help more people to convert all those merit to his mothers. So that his mother can walk out from this punishment. Mu Lian help a lot of peoples and do a lot of good thing for the public. End up he success to save his mother.

pls ignore their bad grammar ;)


Tahun ni 2010, bulan hantu lapar akan jatuh pada tarikh 10 Ogos hingga 7 September. Aih sama tarikh dgn umat Islam mula berpuasa yer ;) Takpe, kita 1Malaysia sebab tu kita harmoni. Boleh tgk macam-macam perayaan.

Jadi kepada kaum Cina seluruh dunia, selamat menyambut bulan hantu lapar. Dan kepada umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Eh! dah off topic kan? Ada aku kisah? 

Terliur punya pasal

Bukak blog sana, ade citer bakar kek cheese cekelat..bukak blog sini pon bakar kek cheese cekelat! Sampai kat facebook pon melambak gamba kek cheese cekelat!! Heh tak leh jadi ni..bertong air liur aku dah telan..maka hati pon mula la NEKAD (perhatikan CAPS LOCK disitu) akan membakar kek cheese cekelat jugak-jugak raya nanti! Cepat laaa balik umah mak... ;(

Marble Chocolate Cheese Cake frm Kongsi Resepi Facebook! Tahan ke ko?? Yang ini pasti aku akan cuba dulu!


Simply Sinful Cheese Cake also frm Kongsi Resepi Facebook. Demm!!!


Temptation Oreo Cheese Cake frm ROZZAN'S SHARED RECIPES punya blog


Choc Cheese Layer Cake frm My Little Heaven On Earth punya blog

Persoalannya : terbakar kah kek aku nanti? untuk jawapannya tungguuuuuuuu raya! wakakakkaka ;p

Friday, July 30, 2010

Saya berjanji..

...akan update blog semula! Hah hah.

Eh tapi not today sebab sakit M ade lagi saki baki. Hari ni nak merapu je. Tiada yang interesting terjadi. Life's as usual, there are days full of happiness but sometimes there are unhappy moments. Thank God they don't stay around long.

Owh and hey! I'm not pregnant too..not yet ;) (in case u ever thought of asking) I made it clear because I don't like it when u ask. Thank you. I mean, it's freaking annoying right, this question? Really..Bila lagi, dah ade isi ke? Like getting pregnant is as easy as you discharge waste from your body? Now I know how sucks my BFF really felt about this before..

Bukan kami yang tak mau okeh..Dia belom bagi lagi so what am I supposed to do right? All I can do is wait..Dia tau bila masa yang sesuai. Kadang-kadang aku agak tertekan bila diajukan soalan tentang ni. Ye lah kawan yang naik pelamin tarikh lebih kurang aku pon wife nye dah berisi. Kiri, kanan, depan, belakang orang di sekeliling aku pregnant. Jadi kalau orang lain tambah tekanan aku dengan soalan ni aku makin stress ok! It's not like kami tak usaha lansung...we did all we could trust me! 

Mungkin korang semua boleh tolong doakan aku mane tau dalam bulan Ramadhan yang mulia ni aku mungkin tersangkut ke kan..daripada bagi aku stress..lebih afdhal. Aku boleh tenang lagi bila orang luar yang bertanya, tapi bila mertua aku sendiri yang tanya......................aku sedih ok ;(

Adat lah yer dulu belom kawen org tnya biler nak kawen? Dah kawen org akan tnya pulak bile nak beranak? Dah ade anak si kekwat akan tnya lagi bile nak tambah anak? Mak aih!

Husband aku sangat best! He's very supportive & tenang je. Guess that's all I need right? Wish me luck! ;)

Nota kaki : Woi cemane korang bunting pelamin haaa?? Giler expert ;p

Thursday, May 27, 2010

Al-Baqarah, Ayat (Verse) 286




Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

On no soul doth Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden like that which Thou didst lay on those before us; our Lord! lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; help us against those who stand against Faith."

Tuesday, May 25, 2010

Cara-cara menangani stress?




Atas bantuan Encik Google, mari lakukan :-


1) Senyum : Senyum je walau pon ko rasa macam nak toreh tayar beskal adik ko..senyum jugak! "senyum seindah suria..yg membawa cahaya..senyum lah dari hati, duniamu berseri.." kan? bila kita senyum, otot-otot kat muka kita akan loose (eh ape ko ingat skru ke?)..jadi ketegangan di muka kita x akan nampak dgn obvious kot..kan?

2) Bersendirian : ambik masa utk bersendiri..kalau perlu dalam toilet pon ok! sbb maybe kat luar ade je org..kalau kt opis sure ade officemates & boss..kalau kt umh sure ade family/husband/wife..so tempat paling selamat is - toilet/bilik air. unless korang nye toilet/bilik air tu on sharing basis mandi ramai-ramai pakai gayung..den x dapek nak nolong dek non! ;p bila lam toilet tu, ko nak nangis ke, nangis lah! nangis sepuas-puasnya supaya dpt release suma yg terbuku lam ati ko tue! (AWAS jgn kuat-kuat pulak sbb nanti org kat luar leh dengar!)

3) Bertenang : tarik nafas dalam-dalam & hembuskan nafas perlahan-lahan...buat la banyak-banyak kali smpai ko rasa tenang.. stay positive, ckp ngan diri - yg ko boleh hadapi ape jugak cabaran yg dtg melintang ke menegak kat depan ko! convince kan diri yg ko x sama dgn org lain & ko pasti akan dpt handle tekanan tue dgn baik..bak kato oghang nogori "mombujur lalu molintang patah! den misti buek juo!" sbb kalau ko x boleh bertenang, nanti macam2 penyakit akan dtg - migrain, darah tinggi, depression, gila pon boleh!

4) Berbuat baiklah kepada orang yg buat ko stress tu : walau pon ko rasa macam nak hayun aje, tapi instead of bertekak ke ape tak tentu arah, baik ko diam & buat bodoh je dgn org tu. ape yg dia cakap ko anggap je macam langau yg singgah kejap nk makan taik ikan. sbb makin kita argue, keadaan akan jadi makin kusut. kalau dah bersimpul nanti, susah nak leraikan. jadi, lebih baik elak dari melerai. paham tak?

5) Maafkan lah : mmg susah nak maafkan org, apetah lagi kalau hati kita dah sakit..dah pedih..paling teruk kalau hati dah retak (bak kata Rubiah Suparman dlm citer Bila Hati Sudah Retak 1983) mmg x kan dpt dicantum balik! perghh ayat ko! hah hah..but itu lah hakikatnya! cuma terpulang pd kita utk memaafkan ke tak sbb - makin lama kita simpan kudis kat kaki, selagi tu lah nanah akan keluar. tapi kalau kita gi hospital suruh misi cuci kudis tue & makan ubat, kan cepat je sembuh nya? camtu gak hati kita kot! ;p

6) Peluk : kalau kita perhatikan omputeh (mat salih @ bahasa buku nya orang barat) mmg suka berpeluk. sampai tua pon diorang masih lagi jalan berpegang tgn, bercium & berpeluk. (hallo! ni sesama family/suami-isteri je yer!) sbb believe it or not, masa kita tgh bersedih or stress and someone we loved peluk kita, mmg akan rasa lega sikit..kalau takde org nak peluk ko, peluk je lah bantal busuk ke teddy bear busuk ko tu! Best nye kalau dpt peluk CukAda sekarang nihs! tsskk..tskk.. ;(

7) Guna air freshener/candle aroma lavender : sbb lavender terbukti dpt melega kan stress & menenangkan org yg menghidu nya! SILA JANGAN HIDU GAM NANTI BOLEH GILA JUGA!

8) Get support frm family/friends : yg ini personally aku kurang bersetuju sbb bukan semua org layak utk ko kongsikan masalah (as per my previous post) ..takkan masalah kesedihan rumahtangga ko pon nak kene pukul canang sampai sekampung kan? tak baik! kan masa kursus kahwin dah diajar semua benda ni..begitu jugak dgn masalah family - pon takkan nak cerita semua skali dgn kawan-kawan? husband/wife & bestfriend - maybe yes! tapi bukan semua kawan..dan bukan jugak dgn semua family members kot! pada aku la..org lain aku x tau ;) maksud aku disini - ade certain benda yg ko kene filter atau bahasa melayu nya tapis! (yess..bukan rokok je pakai filter yer! ;p)

9) Ceria kan dirimu : tapi kalau dah stress sgt buat ape pon x mau nye ceria ye tak? entah la..boleh kot! keluar lah tgk wayang, SHOPPING!, WINDOW-SHOPPING, (notice pembesaran font di sittew? yess..SHOPPING adalah ubat stress paling mujarab utk org perempuan! *wink*), pegi bersenam sbb mmg terbukti exercise dapat mengurangkan stress, paling tidak pon petang2 pegi la ambik angin kat taman sambil tgk gelagat orang..sape tau kan tuah ayam nampak di kaki, tuah korang dapat boipren ensem??? aku dah kawen so Tett! teori nie kekdahnye zasssss x boleh pakai okeh! ;p

10) Berbalik lah kepada Allah swt : dalam ape jua keadaan, hanya Dia yg dapat tolong kita..jadi sujud lah padaNya. Mohon lah bantuan & kekuatan untuk kita tempuh dugaan ni and sentiasa berdoa dgn harapan Allah akan makbul kan permintaan kita. Lambat atau cepat - balasan & pemberian Allah tu kita akan dapat. Hanya lambat atau cepat........ ;)

Some Things Are Better Left Unsaid...

Betul ke? I think betul kot!

no matter how hard it is
no matter how much it hurts
no matter how painful it is
better to keep it to yourself and let go..coz truth may hurts sometimes ;)

tak semua org willing utk accept ape jugak yg kita nak share..tak semua org boleh terima dgn minda & hati yg terbuka seterusnya cuba utk faham situasi kita. tak semua org sanggup dengar luahan hati kita macam mana mak kita kan? walau pon kdg kala ape yg kita luahkan tu mungkin akan menyinggung hati & perasaan - tapi hanya MAK yg akan faham. Hanya mak! Org lain x mungkin akan faham..

oleh itu, sblm kita menyinggung hati & perasaan org, ada baik nya kita pendamkan aje ape yg terbuku di hati..tanggung sendiri ;)

kalau nk menangis, menangis lah dlm hati
kalau nk menjerit, jerit lah dlm hati
kalau stress, makan lah banyak chocolate & ice cream NESTLÉ® LA CREMERIA Chocolate Hazelnut Temptation heheh ;p




sekian. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh saya yg sewel. chiao!~

Mari layan lagu!




Herman Tino - Ku Pendam Biar Parah


Apa ku nanti sendiri daku sepi
Hadirmu tak bermaya
Kau datang untuk siapa
Dia pengganti bercahaya hingga senja
Ku hanya embun pagi berkilau sementara

Ku pamir duka lara tiada yang simpati
Tusukan duri hampa luka ku parah
Mengharap tinggal harapan
Menatap pula tinggal tatapan

Ku sangka ini terjadi dalam mimpi
Sedih dalam bayangan
Rupanya kenyataan

Ku pamir duka lara tiada yang simpati
Tusukan duri hampa luka ku parah
Mengharap tinggal harapan
Menatap pula tinggal tatapan

Ku sangka ini terjadi dalam mimpi
Sedih dalam bayangan
Rupanya kenyataan


Nota kaki : Okeh shadap! dun ask me y! Hah hah.. ;p

Wednesday, May 19, 2010

Upset Stomach



Sakit peroooooooooooot lah!!!!!! Dah 2-3 days camnie...demm! penat tau lari2 gi toilet ;p


Tuesday, May 18, 2010

Kenapa saya malas update blog?

Kenapa saya malas update blog? Camne nak kaya bak kata akak aku?? Kaya larr konon ade ati nak kaya dgn dwet Nuffnang!! Wakakakkaka...mimpi lah! Takat hapdet belog sthn 2 kali, kaya hape? Tu-khang kelik Ads pon akak aku jek! Suruh laki aku jawab nyer smpei ke tua lom tentu dyer wat..lain la RedMummy ke gelpren Timothy Tiah ke kan? ke Diyana Yang ke mmg la dh kenyang makan dwet Adsense! (aku apply adsense kene reject! padan lah muka..tulih belog bahasa jiwa bangsa ade ati ke? wakakaka!)

Timothy arr..lu kasi wa punyer luit banyak sket boley tak? Tiap kali aku jumpa ko lam lif ngan taik lalat ko tue, ngan awek cute ko tue, ngan staff ko yg rambot cam apiz af tue - lupa pulak aku nak tnya! Ko nak aku tahan pintu lif tu tak bagi ko masok ke? "eh eh sesuki ko jek ek? aku dah bagi singgit pown dh beso rahmat tau!" (kata tim) hmmpphh mak sentap! Sila guna konsep sedar diri yer..;p

Nota kaki : ape ko merepek ujan-ujan ni sengaaaaaaaaaaaal??? baik ko pk ape nk masak malam nie! bler aku nk diet camnie? badan dh membesar bagai juara..tak masak kang sian kt laki aku..sighh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com