Wednesday, October 20, 2010

Anda Suka Gemok & Basah?


Tajuk sangat blue! Bukan, bukan...ini bukan cerita blue!

Ini cerita tentang kegilaan makan ►► gila makan ♥ BURGER

Kalau anda suka kan burger yang gemok, basah, melimpah-limpah, sedap, berkrim & disukai ramai - anda pasti mahu kunjungi gerai BOB BURGER

Peace y'olls frm Bob ;)

Siapa tu? 
Aku pon tak tau! Aku tak kenal, bukan sedara aku, bukan jugak kawan aku...

Abes tu mane ko tau pasal die?
Aku accidentally terjumpa link orang share kat facebook, aku klik and baca review yang blogger tu post. Sejurus selepas itu nafsu aku pon terus membuak-buak macam (nafsu makan okeh) orang hilang akal! Korang nak baca tak? 



Owh..so ko pegi tak?
Nak mati tak pegi? Opkos la mak pegi uols...kali pertama pegi dgn Wan masa bulan puasa tak silap. Sampai sesat siap tanya orang arah nak ke sana. Sampai aje, tgk-tgk BOB baru nak bukak gerai apa pon tak siap lagi. Frust, balik je..tapi puas hati sbb at least dah tau jalan. Then, asyik "tanamkan keazaman" dalam hati aku mesti pegi jugak nak rasa, tapi tak adoooo..until one fine day masa tgh online facebook, aku sajer je share link kt atas tu dgn member2 x-sekulmets & derang trus wat plan nak serangggg versi beramai-ramai.. 


Uuuu..sedap tak? *dgn muka excited*
Terbaeeeeeekkkkkkkk!! Tu je aku boleh cakap...

Aku order AYAM DOUBLE CHEESE SPECIAL yang berharga RM 5.00


Maafkan je lah gambar yg goyang ni..
 



RASA : ★★★★★
5 bintang definitely! BOB tak kedekut bahan-bahan - sos cili + black pepper + mayonis yang melimpah ruah, bawang yang digoreng dulu dgn Worchester sauce & butter sebelum ditepek kan ke atas bungkusan telor 2 keping daging yang sangat sedap lemak berkrim disukai ramai..ditambah pulak kepingan cheese yg cair ooooo syahdunye!!

SERVIS : ★★★★
Servis agak slow kalau ada ramai yang menunggu & banyak order. Oleh itu, it is advisable untuk order sejurus anda sampai di situ sebelum mula mencari meja utk duduk & mengumpat! 

PERSEKITARAN : ★★½
BOB buka gerai ni betul-betul depan umah die..maka pemandangan sekitarnya adalah kawasan perumahan teres setingkat dgn kenderaan yg kadang-kadang lalu lalang. Ada lebih kurang 5 buah meja disediakan untuk anda yang nak lepak sambil makan & mengumpat borak di situ. Nak basuh tangan? Takde sinki ye (korang ingat ni kedai mamak ke?), sila pegi basuh tangan anda di paip air yang ada di luar rumah BOB tu.

HARGA : ★★★★½    
Harga pada aku berpatutan dengan burger yg aku makan. Dah la double, cheese pulak, special lagi....hrmm ok! 

Kwn-kwn yang lain tak se-lapar aku & Wan rasanya sbb diorang makan burger single je (diorang pon single & available jugak). Tak Anthony Bourdain la uols!! Tapi Aley makan Triple Special tak silap harga RM 10 - haaa ni baru la geng mak okeh! Lahap tahap NAGA! Wakakakkaka ;p Tak sempat nak snap gambar pon, Aley dah bedal separuh masok perut die yang mmg tgh lapar tu..ye lah, masing-masing pon baru balik keje kekdahnya! Lain kali aku nak try Lamb Tiesto pulak..

Nak pegi? Hah ni alamat, pegi laaa..AAK!


5, Jalan AU 5C/1,
Taman Lembah Keramat,
54200 Kuala Lumpur
Bob: 013-6402237
Caer: 017-2681781
GPS Coordinate: N3 12.118 E101 45.278
(info dari blog Bangsar Babe)


Ala...malas nak drive pegi sana. Diorang hantar tak?
Nak marty ke nok? Kalau ko duduk area umah BOB, boleh laaaaaaa dia hantar ke umah..delivery charge RM 0.50 je. Jauh-jauh sape nak antar takkan mak pulekkk? Cantik kan muka ko! Ko ingat ini McD?

Bukak pukul berapa?
4 ptg - 5 pagi setiap hari takde cuti..

Ok dah review percuma utk Bob! Perut pon dah kenyang, mari kita bergambar macam-macam bagus ;)



 

Monday, October 18, 2010

Melaka Maju 2010

Plan dibuat 10 hari yg lepas which is after aku down aritu. Wan sebenarnye ajak gi PD..tapi bosan la PD sbb takde ape yg boleh ditengok and dah selalu sgt pegi. So aku suggest pegi Melaka. Wan kata "tgk la nanti" and full stop di situ. Mak pasrah. Last week suddenly die kata "nak gi Melaka proceed je la yang". Maka aku pon sengih lebar-lebar ;D 

Sabtu Wan blk keje around 2.30pm tkejut gak sbb selalunye lewat. Siap-siap iron baju utk monday, cuci baju habis-habisan, makan, packup bag & gerak. Reached Melaka around 7.15pm and it took us almost 2 hours nk dpt hotel! Sabar je lah semuanya fully booked. Keluar masuk hotels tanya sampai dh naik penat & buang masa. Mahkota Hotel yg ada hanya family room with 4 beds. Demm sape nak tidor katil byk2? Most of the hotels yg ktorang tanya semua tinggal family room, single room or two single beds. Tak best la two single beds kan takley nak cuddle-cuddle! Kuikuikui ;p

End up tpaksa settle for hotel yg murah je but ambek family room yg ada satu queen bed ngn satu single bed. Single bed tu wat letak baju2 & barang (petua aku baca kt internet - jgn biarkan katil kosong takot ade benda tumpang..eeeeeee!) Next time kene book hotel awal-awal tak nak dah gamble camni..

ni gambar from their website. aku tak capture sbb tak best! kah kah kah keji kan?

Wan penah mengaji sekolah (kata org dulu-dulu) kat Melaka, jadi die kira terer jalan-jalan situ. Cuma die agak peghak terkejut sket sbb dah banyak pembangunan yg dulunya takde. Pusing punya pusing baru la ktorang tau rupanya Melaka ade pelancaran BUMI HIJAU MELAKA MAJU 2010 minggu depan pada 20.10.2010 jam 20:10. Kehlessssss sgt nombor! Disebabkan itu bandar Melaka sesak dgn org, bas persiaran, bas skolah, etc. Pastu malam ade konsert radio MelakaFM sebelah Menara Taming Sari, pagi pulak ade aerobik ke poco-poco tak tau lah habis semua yg menari tu pakai t-shirt warna hijau. Thats why hotel fully booked..Hrmm..wrong timing!



Macam mane jugak aku boleh terlupa satu bandar Melaka parkingnya guna kupon. Sabtu malam parked kereta kat blakang hotel, ahad pagi-pagi dapat surprise love letter dari Majlis Bandaraya Melaka. Saman letak kereta RM30 hamek ko! Tapi sbb bayar on the spot / hari yg sama dapat potongan tinggal RM5 je. Pada korang yg kene saman parking kt Melaka boleh la cepat2 bayar di tingkat bawah Dataran Pahlawan Mall tu ade satu kaunter bayaran even hari ahad pon buka. Lain kali pulak utk mengelakkan disaman lagi, sesampainya aje korang kat Melaka silalah beli kupon parking sehari yg berharga RM5. Gores & pamerkan aje kt dashboard kereta pastu baru lah boleh berjimba-jimba k ;)  **update: rupanya ciksukahati pon kene saman juga kah kah kah**




First time naik Menara Taming Sari even tho aku dh beribu kali pegi Melaka. Before naik derang suruh posing ambek gamba. Aku memula pelik gak pasei ape kene ambek gamba..tp wat derk je lah! Tiket RM15 and katanya dpt naik for 15 minit. Sebabkan dh pukul 10.30 malam dpt tiket Supper Ride die bagi air kotak & muffin percuma. Alih-alih biler dah naik, tak sempat pon nk bedal muffin dah sampai bwh balik. Buang karen betoi..Pehtu otw nk exit, die panggil semua suruh tgk gamba masing2..ktorang pn cepat2 cari muka sendiri kt board derang tu. Ingatkan pree skali kene bayar RM35 okeh utk sekeping gamba saiz half A4. Pastu die pancing lagi gamba kecik sebesar post-it-note dalam magnetic frame. Guess how much? RM25! Amek dua-dua pakej RM50. Sbb kenangan ktorang rembat je lah..Ye! RM50 utk gambar shj yer macam amek gamba studio kekdahnye dek non! Maka total cost utk naik Menara Taming Sari adalah RM80. Strategi bisnes derang mmg A++. Sekian. **nampak sgt aku & Wan senang diperdayakan ek? nape tak say NO je kan?**


Trishaw ride mmg best! RM20 utk satu pusingan Bandar Hilir. A few places die akan singgah & bagi time utk kita nk bergamba. Mula-mula aku tak nak naik sbb tak sampai hati nk suruh brader yg slim dry macam Majeli tu kayuh basikal bawak aku & Wan yg sihat ni! Berdua okeh..mau putus nafas brader tu kan! Tapi die beria-ia convinced ktorang yg die boleh & pernah bawak yg laaaaagi sihat dari ktorang. But mmg die kuat la! Sumpah kuat kayuh dgn gagah okeh..kalau Majeli yg kene kayuh wallahualam boleh ke? Walau pown gangguan udara yg dtg dari ketiak brader tu agak menyesakkan hidung aku..tapi aku tetap respek giler kt die..macam tu susah org nak cari rezeki terpaksa berpanas pastu menggunakan kederat tulang 4 kerat yg ada hanya utk dapat RM20. Bertuahnya kita kan...aku insaf ;(

Dah puas pusing2 bandar Melaka, tgk jam almost 3pm. Nak gerak ke Melaka Wonderland pon tak berbaloi sebab 7pm dah tutup. Wan pulak dah penat and panas so die ajak cari tempat nak mandi & rest sekejap before gerak balik kl.. Ktorang cari je another hotel yg murah around that area..dapat la mandi pastu Wan tidur sekejap. Aku pulak yg tak lalu nk lelapkan mata macam2 yg aku pikir - takot sbb tak penah seumur idup aku check-in hotel murah gitu hah hah..

Overall, best jugak lah walau pown dekat je..tapi dpt spent most precious time ngan hubby (berdua aje) mmg terbestest! Aku kan duduk ngn MIL, jadi kat rumah mmg kami somi-istri takde privacy ;p

Nota kaki : vocabulary Geng Kapak ***slim dry = kurus kering (direct translation macam surat putus cinta Tijah)

Friday, October 15, 2010

Groceries are so expensive nowadays..sighh



I realized this yesterday. What can be bought with RM 125.00 back then were never the same today.

          The Store
  1. 4 pcs china pear
  2. 5 pcs apples
  3. 1 pack beef nugget
  4. 1 bottle orange juice
  5. 1 pack HL Milk
  6. 1 Vanish stain remover
  7. 2 boxes Colgate
  8. 1 pack Milo
  9. 1 pack Indocafe
  10. 1 pack jasmine green tea
  11. 3 cans sweetened creamer

Wednesday, October 13, 2010

Open Letter to Fatin Syamimi

Mimi 1 yr old
Kehadapan Fatin Syamimi bt Mohd Faisal yang diingati selalu,

4 October yang lepas Mimi baru je celebrate birthday yang ke-5 tahun. Kejap je..bayam rasa baru sangat dukung Mimi kecik-kecik. Dulu bayam larat lagi dukung sebab Mimi kategori kurus dan tinggi cutting model ala-ala Kate Moss. Sekarang still kurus tapi Mimi dah tinggi sangat..pehtu tulang Mimi dah start keras. Kalau Mimi tekan siku kat peha mmg rasa nak menjerit. Pakcik Wan pon kata siku Mimi tajam!

Mimi 2 yrs old
Bayam tau Mimi selalu nak bayam dukung Mimi macam dulu kan..tapi bayam selalu cakap "bayam tak larat la Mimi". Mimi pon frust sambil tarik muka moncong pastu mumble sorang-sorang "ishhh bayam ni! hiiiiiiiiii bayam ni!". Mimi sekarang dah pandai merajuk sambil membebel. Yelah orang dah besar...

Mimi 2 yrs old
Mesti Mimi pikir nape la bayam Mimi ni dah tanak dukung Mimi? Nape la bayam Mimi ni dah tak sayang Mimi? Bukan bayam tak sayang, tapi Mimi kene la terima kenyataan yang Mimi dah besar. Good girl dah besar tak boleh kuat merajuk. Mimi kan kakak sulung. Dah dekat 2 thn Mimi pegi skolah ngn Cikgu Shida kan...

Mimi 2 yrs old
Dulu masa Mimi kecik-kecik kami semua panggil Atin. Mama Mimi cakap satu hari tu Mimi balik dari umah Nenek Cik Imah, Mama panggil Atin tapi Mimi tak menyahut. Puas Mama panggil banyak kali tapi Mimi buat bodo jek! Pastu Mimi pegi kat Mama, Mimi kata "Mama, ini MIMI laa! MIMI!". Mama Mimi pon pelik mane datang nama Mimi tu? Rupanya pawan-pawan Mimi kat umah Nenek Cik Imah yang panggil Mimi. Jadi Mimi pon terus rasa nama tu lebih cool agaknya. Sejak dari hari tu, kami semua kena la panggil Mimi!

Mimi 2 yrs old
Haritu masa bayam nak tawen, Mimi pon tak bagi kan? "Mimi tak shuke bayam tawen!". Tapi nasib baik last minute Mimi bagi green lite..sekarang Mimi pon dah kamceng ngan Pakcik Wan. Walaupown sekarang bayam dah tak lepak umah Mimi tiap-tiap minggu, tapi setiap 2 minggu bayam mesti sampai kan? Mimi tak payah la nak bagi reminder kat bayam sampai cakap "Bayam dah tak ingat ke nak pegi lumah Mimi?"

Mimi 3 yrs old
Kalau Mama or Abah marah, Mimi selalu nangis-nangis "nak bayaaaaam....Mimi nak pedi lumah bayam! Mimi nak bayam sekalang judak!". Mimi, lumah Mimi ngan lumah bayam bukan dekat. Kalau tak jammed, makan masa 25-30 minit jugak dari turun tangga lumah bayam sampai naik tangga lumah Mimi pulak. Tu la Mama Mimi tu dulu bayam dah tanya betul ke nak beli umah takde lif? Die nak jugak! Kan bayam dh penat naik turun tangga?

Mimi 3 yrs old
Jangan la dera Mama macam tu...tak baik tau! Mimi pon slalu gaduh ngan Mama pastu pukul curi Mama bila ada peluang kan? Itu tak baik okeh! Nanti muka Mimi keluar ulat banyak-banyak macam cerita dalam tv dulu tu..Mimi ingat tak? Kan Mimi slalu sedih biler tgk iklan pawan-pawan kat Ghaza yang tgh perang tu "syian mama die takde, abah die takde, bayam die takde". Haaa Mimi kan ada semua, jadi jangan la gaduh ngan Mama...tapi Mimi good girl, sebab lepas gaduh nanti Mimi akan say sorry "syoliiiiii mamaaaa" sampai org tua tu pon sejuk ati.

Mimi 4 yrs old
Mimi dari kecik mmg rapat dgn bayam. Mimi cakap "ini bayam Mimi! bukan bayam Ya, bukan bayam Cukada". Tapi Cukada pon sekarang nak bayam jugak. Maybe sbb bayam lebih hawt dari Cuna! Bayam tau..jangan rebut-rebut. Semua pon bayam sayang..Mimi, Giya, Cukada, Abang Eman & An, Kak Amirah ngan adik Maisarah suma bayam sayang. Tapi Mimi TETAP Mimi Bayam yang paling cun! okeh?

Mimi 5 yrs old
Walaupown bayam post entry ni dah terlambat, tapi bayam dah wish epy beday to u kat Mimi awal-awal. Sbb haritu kan Mimi celebrate birthday kat skolah. Bayam tak dapat nk join sbb hari Monday bayam kene keje. Syolii ok! Tapi malam tu kita dah makan KFC kan Pakcik Wan belanja. Kesian Mimi tak larat nak makan banyak sbb Pakcik Wan tersilap die beli ayam semua hot & spicy. 

Mimi 5 yrs old
Cuma hadiah je bayam belom bagi. Bukan bayam tak nak beli adiah Mimi, bayam dah pegi Sogo kelmarin. Bila bayam pegang satu dress Princess, Pakcik Wan kata tak cantik! Bayam ambek lagi satu, Pakcik Wan geleng lagi. Biler bayam suruh die yang pilih, bayam pulak geleng! Tak lama lepas tu Sogo pon cakap "ting ting ting...pelanggan yang dihormati, waktu perniagaan kami adalah dari jam 9 pagi hingga 9 malam" dan staff die cepat-cepat buat muka tension kalau bayam still pilih-pilih. Habis macam mane? Takpe, nanti bayam pegi lagi tau..kene pegi jugak sebab Princess tgh sale 70%. Bayam bukan tak nak pegi sorang tapi sekarang ni bayam malas sgt nak jalan kaki panas-panas lunch hour..nanti bayam migrain! 

Mimi nanges masa bayam bertunang tahun lepas
Happy 5th birthday my dear princess, Fatin Syamimi ;) 


Yours sincerely,
Bayam

Nota kaki : bayam harap satu hari nanti bila Mimi dah sekolah menengah, Mimi boleh baca surat ni. sebab kalau baca sekarang pon, bukan Mimi paham. 

Shit My Kids Ruined

Aku nak recommend korang-korang yg bakal dapat baby, yg dah ada baby, dan yg plan untuk ada baby..gi kat website ni ----> Shit My Kids Ruined

Sebagai persediaan..hah hah. Best giler biler tgk gambar kt situ macam-macam mende notty derang buat. Aku pon penah projek memasak lam bilik air masa umur 5 thn dulu tak silap. Aku campur Milo, minyak rambut Code 10 arwah ayah, pastu ape mende lagi tah aku dh lupa. Aku bancuh ngan air lam besen. Kantoi ngn Kak Manja yg baru balik dari sekolah. The best part is - Kak Manja yg kene tibai ngn mak sbb aku kan innocent. Budak kecik ape! Salah dia la tak tgk kan adik..sian akak aku ;p

Anak Kak Wati pon salu gak menaikkan angin die. Guna magic colour pen conteng muka sendiri..tak pon muka easy target - Cukada. Atau bagi je magic colour tu kat adik. Cukada yg innocent ni pulak ambek pastu masukkan dalam mulut dan hisap! Ala coki coki.. Magic pen kaler HIJAU yer..hijau!!

Atau kalau adik tidur, boleh la makeup muka sendiri..

masa ni umur Mimi baru 4 y.o

Tak kesian ke adik die tu dah la nak suap makan kat mulut pon miss lagi. Nak suap ke mulut, tersapu pipi..suap lagi skali masuk idung. Mimi mmg tak patut...


Terbang dengan RM 1




Tudiah AirAsia dah start promosi lagik! Hambek ko suma pon singgit..tapi nak dapat kan tiket ngan room singgit tu mmg hazab ya rabbi lah jgn citer. Dulu tahun biler tah aku penah dapat tiket 3 sen ke 33 sen aku dh lupa ke Langkawi. Saje aku book last-last bila sampai masanya tpaksa burn je sbb tak dpt nk pegi. Ada gak keburukannya book tiket in advance ni sbb ko pon tak tau & tak nampak lagi ape nak jadi 6-7 bulan akan datang. Pastu back in 2006, aku ngn member2 penah la gi Kuching ngan tiket RM 29.99. Tu paling murah aku dpt kot. Yang free pernah la dpt masa dok browse tapi tak book sbb date tak cun. Leceh gak kan. 

Tambahan lak skang dah kawen..nak gi holiday mmg best tapi Wan pulak susah nk cuti. Sabtu pon die keje..ptg gak sampai umah. Kesudahannya mane jek leh gi? Yang dekat2 je lah...tak PD, Melaka. Tak Melaka, PD. Genting aku kureng sket. Boleh laaaaaaa tapi cam malas nak tempuh perjalanan berbukit-bukau tu semata-mata nak gi tidor sehari? Tak berbaloi! Aku dah separa kejung lam kete sepanjang jalan kan...berbaloi ke? Mak tak sukaaaa!! Takat nak sejuk baik aku pasang je aircond...Aritu honeymoon baru dpt gi jauh sket tu pon pasal lajak kan je cuti kawen..tiket pon book last minit so mmg bayar normal price..bertuah betoi kalau dapat tiket singgit ni taim tu! 

Makanya, planning hujung minggu ni rasanya nak gi Melaka. Nak terai Melaka Wonderland yang baru tu syok ke tak syok. A'Famosa Resort aku dh bosan. Nanti biler-biler balik Ipoh nak bawak Wan gi Cameron sbb seumur idup dah kemain panjang gitu die tak penah pegi Cameron rupanya. Sian hubby aku. Pangkor pon tak penah gi sedangkan aku ulang-alik Pangkor ngn Cameron macam dari Tanjong ke Tmn Desa jek. Ye lah tu kampong aku mmg la aku dh jemu..ye tak ye...

Tapi tgk angka singgit tu aku geram jek nk book tiket gi Bali...!! Cuma takot membazir..

Tuesday, October 5, 2010

On Meds : Day 13

Quick update.

Today period keluar dgn banyak nya & berketul-ketul. Macam tak penah kena pulak sebelum ni! Period pain lebih teruk dari yang biasa aku kena. Maybe effect ubat tu...maybe kan? Entah la, aku mmg x sure.

I cried. Yes. Aku ingat kan ade harapan coz period dah delay 4 hari. Pastu seminggu aku gagahkan diri tahan sengal kt bawah perut sampai nk jalan pon susah. Perut plak membuncit semacam. Urghh...belom lagi rupanya.

Sejujurnya, aku dah penat dgn permainan trial & error ni. Cukup lah.

Monday, October 4, 2010

On Meds : Day 12

Aku still on meds daily. Pagi-pagi kene ambik heavy breakfast pastu telan Adipex sebelum pukul 8.30 pagi, together with SPE herb capsule & Norcolut. Then as usual supplement wajib Folic Acid & B Complex. Malam minus Adipex, ganti dgn Metformin.

Tapi last saturday Norcolut & B Complex dah officially abes. Sbb Norcolut Prof. hanya prescribe utk 10 hari - which is waktu subur aje. Rasa nya jap lagi nk call klinik tanya perlu ke continue.

1st day telan suma-suma ubat tu, perut aku pedih ya rabbi macam kene gastrik. Macam nak period pain pon ade. Duduk tak selesa, jalan pon tak selesa. Kaki rasa berat giler nak melangkah, pinggang sengal, pastu asyik nk sendawa angin x berenti...kot atas keluar, bwh pon keluar! Wahahhahahhahaha..

2nd day dah leh biasakan diri. 3-4 hari ni tak selesa balik. Rasa macam tegang jek...paling x selesa biler duduk. Pagi bila nak jalan dari monorail ke ofis rasa hazab yang amat sampai tahap aku jalan slow giler..lagi slow dari aso kedai jahit depan ofis ni haa! 

Paling rasa tak best biler ade benda atas perut, esp. seat-belt. Aku buckle up tapi pegang so that die tak jerut perut aku. Also biler anak sedare yang dh berat macam Syamimi ngan Najiha duduk atas riba mmg x tahan! Rasa senak. Actually not exactly perut, tapi bahagian bawah perut. Paham tak?

okeh ini mmg bukan aku!

Mood swing yang amat sgt. Sampai tahap kecik besa kecik besaaaaaaa je aku tgk muka wan tu! Padahal die bukan ade salah ape pon. Sian die. Nape tah, ati aku rasa cepat je nk naik angin. Malam smlm perut pedih sbb x dinner pastu hangin satu badan plus penat. Sorry b ;(

Friday, October 1, 2010

Info Tentang Klinik Dr. Hamid Arshat


Klinik Dr. Hamid Arshat

75M Medan Setia Satu, Plaza Damansara,

Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur,

Malaysia


Hari
Masa
Isnin - Jumaat 09:00 am - 12:30 pm
02:30 pm - 05:00 pm
Sabtu 09:00 am - 01:00 pm
Ahad & Cuti Umum Tutup

Untuk temujanji berjumpa Dato' Dr. Hamid Arshat
SILA TELEFON 2-3 MINGGU TERDAHULU SEBELUM TARIKH YANG DIINGINI DAN BUAT TEMUJANJI.

* BUAT TEMUJANJI PADA HARI ISNIN DAN SABTU - MASA BUKA TERTAKLUK PADA BUDIBICARA DATO' DR HAMID. SILA TELEFON KLINIK UNTUK KEPASTIAN MASA BUKA KAMI.

Telefon temujanji:

603 - 2094 5800
603 - 2094 5262
603 - 2094 1115
Faks: 603-2094 9402

E-Mel: DR. HAMID ARSHATThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / NINI HADI


And oleh sebab CT Nahda dah tanya, aku post kat sini anggaran kos untuk rawatan di Klinik Dr. Hamid Arshat untuk reference :-

 

Anggaran Kos

Kami menerima guarantee letter dari syarikat untuk pembedahan sakit puan. Sila telefon untuk penerangan lanjut.
1. Rawatan kali pertama jumlah RM200-300++
2. Rawatan Susulan RM0 -200++
3. Rawatan Ante-natal RM75++
4. Bersalin dilakukan di Pantai Medical Centre RM3,000++
5. Pembedahan dilakukan di Pantai Medical Centre

JADUAL KOS RAWATAN DI KLINIK DR. HAMID ARSHAT

 
Bil Kos-kos Kali pertama Kali seterusnya Mengandung Lain-lain
1 Rundingan RM 120 -150 RM 60 -100 RM 35
2 Ultra-sound scan RM 50 RM 50 RM 40
3 Prosedur - D&C


RM 1,200++
4 Hydrotubation


RM 350
5 Pembedahan - ketidaksuburan


RM 5,000 - 6,000
6 Pembedahan sakit - sakit puan


RM 5,000 - 6,500
7 I.U.C.D. ( 3-5 tahun)


RM 170
8 Bersalin biasa
- Kos Dr. Hamid sahaja



RM 1,300
9 - Cesar


RM 2,200 - 2,500
10 - Kembar (bersalin biasa)


RM 1,800
11 - Kembar (bersalin cesar)


RM 2,500
12 I.U.I.


RM 600++
13 Ubat-ubatan atau Suntikan


RM 9 - 400
14 Ujian-ujian Darah


RM 30 - 150++
15 Ujian Air Mani


RM 30
16 Ujian Pap Smear


RM 50
17 Sunat bayi perempuan


RM 70
18 Sunat bayi lelaki


RM 250

Ujian Tiub Fallopian dilakukan berasingan di Klinik Daya X-ray Mohan Jalan Raja laut. Kosnya sekitar RM 170.

Sila telefon 03 - 2094 5800 untuk maklumat lanjut berkenaan kos di klinik.
*HARGA TERTAKLUK PADA PERUBAHAN PADA BILA-BILA MASA

*************************************

Berpatutan sgt2 kan? Untuk nama besar macam Dr. Hamid Arshat, harga yang perlu dibayar ni adalah sgt berbaloi. Paling penting, Dr. Hamid Arshad sendiri yang akan merawat kita. 

Untuk info lanjut boleh layari websitenya. Ada macam-macam benda kita boleh belajar tentang kesihatan wanita kat sana plus ada forum untuk berdiskusi. Boleh jugak baca blog Dr. Hamid tentang pelbagai jenis penyakit & rawatan yang dah dia buat. Segala yang aku post ni pon aku copy dari website tu jugak ;)


Happy reading everyone ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com