Tuesday, April 19, 2011

Panik tak ko? - Part 1

Ni aku nak cerita pasal kejadian panik weekend lepas. Macam yg korang sedia maklum, alhamdulillah kandungan aku nk masuk 12 weeks esok ;) Cepat je kan? Subhanallah..

Ok macam mane nk start ek? Gini, lepas aje buat UPT early March aritu, aku pegi klinik Pusrawi kt Jln Ipoh tu utk confirmkan betul ke tak aku pregnant. Pegi pon dah malam after work, so doctor just buat UPT lagi skali, and dia confirmkan betol la aku pregnant. Kira punya kira dia bagitau due date 3 November 2011. 

Lepas dari kejadian tu, mmg tak penah pegi lagi check ke ape. Sebab? Sebab tak terikut jadual doctor yg incharge pregnancy checkup kt situ. Sekejap dia keje pagi, sekejap ptg, sabtu kadang ade kadang cuti, ahad sekejap nurse kata ade skejap cuti. Kitorang pulak kalau nak ke sana weekdays terpaksa cari time yg wan tak bz baru boleh pegi. Aku asyik call klinik tp mesti time kitorang nak pegi tu doctor takde. Last2 mak fed up!

Sabtu lepas pagi2 lagi aku suruh wan hantar pegi rumah akak aku kat desa pandan. Aku mengadu la dgn akak aku psl klinik pusrawi tu, pastu akak aku pon bebel la kenapa aku sibuk sgt nk pegi klinik pusrawi sedangkn banyak lagi klinik lain boleh scan, siap boleh pegi malam lagi! Mane la aku tau kan? Hah hah..last2 dia suruh pegi klinik depan rumah die je senang, tutup pon pukul 12 tgh mlm. 

Malam bila wan dtg ambik, singgah la kitorang klinik yg dimentionkan oleh akak aku. Doctor incharge mlm tu doctor perempuan muda. Lepas interbiu lebih kurang, doctor pon suruh aku baring kt katil die, tonyoh2 jeli die pon letak la scanner tu kat perut aku. Tekan-tekan tak nampak apa, dia kata kat nurse "kat bawah lagi ni". Nurse pon selak lagi seluar aku ke bawah (sila jangan fikir lucah). Doctor tenyeh lagi scanner tu..aku nampak la ada imej macam rahim kat screen dia tu. Tetiba doctor tu kata "eh, takda apa pon" Dia try 2-3 kali, pastu dia pon letak balik scanner kat mesin tu, terus duduk kt kerusi dia. Panik tak ko? 

Aku pon betul-betul kan seluar, aku duduk balik kat kerusi. Doctor tu dgn muka serba salah dia kata :-

" Saya tak nampak apa-apa pon. Bladder u cantik, full..tapi kandungan u nampak kosong. U dah 11 minggu, nk masuk 12 minggu, sepatutnya dh nak jadi baby & dh ada heartbeat. Saya takut kalau-kalau kandungan u tak grow..kita panggil sebagai missed abortion, ini semua bergantung pada rezeki. Kalau u nak lebih sure, u kene cari klinik yg ada buat scan dari bawah, kat sini kita tak ada. Scan tu lebih direct ke rahim jadi lebih clear. Kalau dah scan dari bawah pon tak nampak juga, maknanya mmg takde. U kena check mane tau kena cuci ke apa. "

Aku masa tu tak tau nak nangis ke nak marah? Doctor tnya ada tak bleeding ke ape? Aku cakap la takde, kalau ada sure aku perasan. Aku tanya doctor ada kemungkinan tak 11 weeks scan tak nampak lagi? Dia kata impossible! After a few argument, doctor tu suggest aku buat lagi sekali UPT, just to be sure. Dia tegaskan lagi skali "kalau betul kandungan u tak jadi, line pada UPT akan still double, cuma kabur sebab hormone mmg ambik masa utk keluar dari badan u".

Lepas few minutes bagi urine kat kaunter, nurse panggil masuk semula. Doctor letak UPT tu atas meja, aku mmg nampak double line clear! Doctor tu kata urine aku still positif, so dia nasihatkan aku pegi buat transvaginal scan. Oh btw, doctor tu tak tau sebut transvaginal scan - dia sebut "scan dari bawah" ;p

Balik lah aku dgn wan malam tu dlm keadaan frust yg amat, Allah je yg tau. Otw tu singgah hospital pusrawi, tanya dkt kaunter emergency boleh tak dtg scan pregnancy hari ahad. Mamat jaga kaunter tu dgn muka confident kata boleh, pagi smpai petang. Kitorang pon decide esoknya pagi2 nak pegi. Kepala aku dh berdenyut sakit yg amat sbb memikir macam-macam kemungkinan. Sepanjang malam tidur tak lena sbb sakit sgt..yang yer nye aku tak sabo nk pegi hospital ;(

...to be continued 

4 comments:

nizam_5282 said...

Ish ish... Insya'Allah. Doktor tu salah periksa...

IbUGojESss said...

saja buat suspender kaler merah belang2 taww...part 1 lah, part 2 lah..mencik aku. mak yg bedebor2 okeh! eeiiii...

Iszuanie Ilias said...

gatei tau.... cepat lew mak hayy

Sal Abdul Rahman said...

hahhaha sabo..sabo..baru saspen ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com