Credit to these two ppl for all the amazing pixss :-
Prepaidboss
si pijan
First & foremost, korang mesti wondering why aku wat posting pasal nie kan? Let's start with some brief details about Tanjung Rambutan, shall we?
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Rambutan
Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil di daerah Kinta yang terletak di timur laut bandar raya Ipoh di negeri Perak, Malaysia. Jaraknya pekan ini dari Ipoh adalah 15 kilometer.
Tanjung Rambutan biasanya dikaitkan dengan 'orang gila' kerana pekan ini menampung Hospital Bahagia, salah satu hospital kesihatan mental yang terkenal di Malaysia. Oleh itu, penduduk-penduduk Tanjung Rambutan lebih senang dengan panggilan Hulu Kinta kerana pekan ini terletak di hulu Sungai Kinta. Sungai Kinta mengalir melalui bandar Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak.
Kini Tanjung Rambutan semakin menarik perhatian orang ramai kerana barang-barang lelongnya yang murah serta kesempatan untuk mengunjungi Hospital Bahagia yang juga didatangi oleh pelatih-pelatih yang menjalankan latihan praktikal. Maktab Perguruan Hulu Kinta dan sebuah Kem Polis Hutan (err..aku btulkan skett - sekarang dh tukar nama Pasukan Gerakan Am) juga terletak di Tanjung Rambutan.
YEr..sememang nyer aku akui blerr org dgr jek aku dari Tanjung Rambutan, automatically derang akan cakap "Owhh..tempat orang gilerr tu yer?".. and aku just senyum jek sambil reply "Tanjung Rambutan tuh satu pekan kecik and Hospital Bahagia tuh located kt pekan tu la..you stupid KL folks! (dlm ati..)..and mind you that kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta tue sgt besar..dlm tue ader mental wards, staff quarters, Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta & Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.."
Do check out their website here --> http://hbuk.moh.gov.my/modules/news/
Even maser zaman kenaifan and kejahilan dulu pon aku suka benor bagi kat oghang alamat umah salah..sbbnyer? Aku malu nak tulis - 31250, Tg. Rambutan..so aku akan tulis camnih - 31250, Ipoh...!!
Tapi blerr dh besor panjang nie aku pk balik, naper aku kene malu ngan tpt tumpah darah aku? Tempat lahir, tempat aku dibesarkan sampei dh cukup panjang dh nie.. tpt kencing berak aku..bak kata org tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat aku jatuh motor ngan Jaja, yer tak Ja??
X silap aku maser form 3 dulu ktorang penah wat Kajian Tempatan pasal mukim Tanjung Rambutan utk subjek Geografi..siap gi interbiu ketua kampung lagik..siap dok tepi jalan kt Klinik Safri & Hamimah x silap (apertah nama die) kira braper byk kenderaan lalu at certain time period..aku pon dh lupa braper markah aku dpt daaa..
Yess.. aku BANGGA jadi anak Tanjung Rambutan! Kedai gemok, Pasarayaku, Kedei Chip Fatt, Pasar Ekonomi, Kedei M.Ali, Kedei gunting rambut cina sayur, Lucky Tailor (kedei nya peberet aku), Kedei Apeng (yg open 365 days p/yr-penah tutup skali jek tu pon sbb bapak die mati!)..and the list continues.....
*BTW, Kepada sesaper org Tanjong yg baca nie..komer wat la posting psl Tanjong pehtu nanti aku letak link kt sini k..Cepat arr Manja, Amy, Syikin..saper lagik..??
2nd person : Mazli