81.5 kilograms! Masyaallah! Selamatkan lah aku Ya Allah!
Semalam aku cuti..Wan pulak half day. Bosses aku tau (tak cuti tipu okeh!) sbb awal puasa aku dah apply. Sebab? Ktorang ada appointment dgn Dr. Hamid Arshat. Tak kenal sape? Women's Health Specialist atau melayu nya Pakar Sakit Puan. Nop, aku tak sakit. Tapi ktorang pegi sana untuk buat checkup. No harm trying right?
Keputusan nya, aku adalah ok. ;) Saya sangat happy! Prof. buat scan rahim and menurut Prof. rahim tiada masalah. Cuma, sighhh...prof suruh aku turunkan berat badan sbb mmg dah overweight! Demm! Apa la aku dah cekik selama ni kan? Kah kah kah..
But process scan rahim itu sgt scary! wahahahhaha..sbb kene baring dlm posisi seolah-olah nak bersalin okeh! very the!! and Prof. masukkan kamera dalam rahim..dpt la tgk gambar ini :-
yang hitam bulat sebelah kiri itu ialah telur yg belom pecah kata Prof. |
Bila dah scan Prof kata telur aku belum menetas pon lagik, jadi makna nya sekarang ni adalah waktu subur aku..aih rupanya selama ni salah kira daaaaaa! Sbb period cycle aku takde masalah and konsisten setiap bulan 28/27/26 hari..so selama ni aku dok kira waktu subur hari ke-14..tapi Prof kata nampaknya kene tukar sbb smlm adalah hari ke-19 and telur aku masih belom pecah. Makna nya waktu subur aku mmg lambat..
Prof. suruh cuba lagi dalam minggu ni and die bagi ubat Norculut untuk kuatkan rahim pastu ubat hormon SPE utk mencuba selama 3 bulan. And laaaaaaagi best Prof. bagi ubat untuk pecahkan lemak & ubat utk kawal kandungan gula dalam darah! Heheheh i loike!! ;p Tapi tetap kene kawal pemakanan & exercise. Ah kalau sblm ni aku boleh buat, kenapa sekarang tak boleh kan? Jom diet secara sihat macam Superstarsuri yg dah berjaya say goodbye to her stubborn fat!
Kos? Agak hangit juger heheh tapi 1st appointment mmg lebih mahal berbanding follow-up seterusnya.
Wish me luck!! :)