Menurut kepercayaan kaum Cina, bulan ke-7 dalam kalendar Lunar adalah dikenali sebagai bulan hantu lapar or in English we say the hungry ghost month. Pada hari pertama bulan tu, pintu neraka akan dibuka untuk membenarkan hantu & roh kembali ke dunia. Teringat ex-trainer aku di Fitness First KLCC cakap "pintu neraka akan dibuka!!!" dgn memek muka semua siap bercerita pasal ni.
Roh itu kemudiannya akan menggunakan peluang yang ada untuk menjenguk sanak saudara kaum keluarga, sahabat handai yg jauh & dekat (dia tak perlu naik kereta), makan-makan menjamu selera dgn hidangan & juadah yg dihidangkan (macam lagu Sharifah Aini tu) serta mencari mangsa. Errrrrrr..mencari mangsa??? marty la mak!!
Do's & Don'ts sepanjang bulan ini?
1) jangan berdiri bwh pokok atau duduk di bus stop pada waktu malam sebab hantu suka berehat di tempat-tempat macam tu. Jadi kalau nasib "baik" nanti hantu ikut balik rumah!
2) jangan warnakan kuku dgn warna gelap or hitam sbb hanya org dah mati yg berkuku gelap..nanti hantu ingat ur one of them!
3) jangan sepak atau pijak pemberian atau colok yg diletakkan di tepi jalan tu sbb nanti hantu akan marah. kalau dah tersepak kene mintak maaf sebelum hantu tu take action kat kita.
4) kaum cina juga percaya tak boleh meletak anak atas para atau meja pemberian sbb menurut kisah ada seorang mak yg nak ambik kasut anak terjatuh jadi dia letak anak nye atas para tu. bila toleh balik anak nya dah pucat lesi & mati. Iskkkkkk takot nye!
Dalam bulan hantu lapar, ada 3 hari yang dikira sebagai penting. Hari pertama bulan tu, nenek moyang akan dijamu dgn pemberian berupa makanan, - apom, limau mandarin, kuih-muih dan macam2 lagi, bau-bauan or bahasa kampong nye colok, duit hantu -duit kertas yang dibakar supaya dpt digunakan oleh roh nenek moyang. Semua pemberian ni diletakkan di makeshift altar yg dibina di luar rumah atau tepi-tepi jalan. Bila bulan ni bermula, kita semua akan dapat tgk pemandangan ni di merata-rata tempat. Back then masa aku masih tinggal di Taman Kosas, sepanjang jalan dari lrt sampai jalan nak masuk rumah mmg akan ada.
Adalah dikatakan bahawa pemberian ni sangat penting supaya roh & hantu yang berkeliaran tak akan mengganggu orang yg hidup. Bulan hantu lapar dianggap bulan yg sangat bahaya kerana roh jahat sentiasa merayau. Bulan ini juga tidak bagus untuk evening strolls, travel, pindah rumah atau pun memulakan bisnes. Bad luck! Ada juga yang elakkan berenang dalam bulan ni sebab dipercayai ada banyak hantu dalam air yang akan tarik kaki supaya lemas! uuuuUUuuuuuu scary!!
Hari ke-15, satu festival biasanya diadakan dikenali sebagai Festival Hantu Lapar (The Hungry Ghost Festival). Awas pakcik satay! Takot tiba-tiba ada kakak cantik mintak "satay 200 tusuk" !! ;p
Pada hari ke-15 ni roh & hantu dianggap dalam keadaan sangat agresif jadi penting supaya mereka diberikan makan sepuas-puasnya & sesedap-sedapnya, diberikan hiburan tanpa henti, dan juga supaya keluarga roh tu akan dapat good luck. Festival ni juga dikatakan dapat mengurangkan kesengsaraan si mati. Di Penang, penasihat Teong Guan Association - Datuk Lim Yam Koi dah cakap tahun ni King of Hades tak suka pertunjukan sexy girls! Instead, akan digantikan dengan pertunjukan opera.
GEORGE TOWN: Temple committees organising Phor Thor (Hungry Ghost Festival) celebrations in Penang this year have been advised to stage Chinese operas instead of performances by sexy showgirls.
Penang Teong Guan Association adviser Datuk Lim Yam Koi said the Tai Su Yeah (King of Hades) deity “does not fancy scantily-dressed singers”.
Aku belom penah nampak lagi sexy girls show sepanjang bulan hantu ni..baik di Ampang or Ipoh. Tempat lain aku tak tau. Selalu nya mmg pertunjukan opera. Taman Kosas tiap-tiap tahun akan ada pentas dekat depan umah teres 3 tingkat yg baru tu. Kadang-kadang aku layan jugak bila terlalu kat situ.
Hari terakhir bulan adalah hari pintu neraka ditutup. Sami-sami akan cakap "ok folks, it's time to leave now!" maka roh & hantu ni semua akan kembali ke neraka diikuti oleh jeritan, teriakan & tangisan sayu sebab terpaksa pulang.
Today dekat facebook, aku baca di satu page ada share something interesting legend pasal bulan hantu lapar ni which goes :-
July in Lunar year, is not only the ghost month..it is also the very meaning full month.
According to legend, Mu Lian 's mother made a lot of bad things while she still alive, after she death, she becomes a hungry ghost . Due to Mu Lian has magic power so he try to use the magic power to see how his mother's life at hell. When he saw her mother become a hungry ghost with no food supply and very ugly he feel very sad. So he using his magic power to provide some food for his mothers. But when his mother put the foods inside her mouth, the foods immediate become chacols and flame into ashes and make his mother very pain. Mu Lian feel helpless and very sad then find his sifu to get help. He ask his sifu to save his mother from the hell. His Sifu ask him to do more good thing and help more people to convert all those merit to his mothers. So that his mother can walk out from this punishment. Mu Lian help a lot of peoples and do a lot of good thing for the public. End up he success to save his mother.
pls ignore their bad grammar ;)
Tahun ni 2010, bulan hantu lapar akan jatuh pada tarikh 10 Ogos hingga 7 September. Aih sama tarikh dgn umat Islam mula berpuasa yer ;) Takpe, kita 1Malaysia sebab tu kita harmoni. Boleh tgk macam-macam perayaan.
Jadi kepada kaum Cina seluruh dunia, selamat menyambut bulan hantu lapar. Dan kepada umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Eh! dah off topic kan? Ada aku kisah?
No comments:
Post a Comment