Tuesday, April 24, 2012

Kiasu!

Gambar ehsan dari Google


Kebelakangan ni mood tak berapa best..to be exact - aku selalu marah & naik angin tak semena-mena. For example, aku tiba-tiba hangin kalau orang pakai reta benda aku & bila aku nak pakai takde! Paling hot bila orang lain pandai-pandai decide nak bagi reta benda aku kat saper! Aku tak peduli lah siapa pon tapi bila aku kata tak boleh means tak boleh. Bila aku kata tak suka means aku tak suka. Bila aku kata aku punya means aku punya. Period.

Yes, possessive! Sangatttttt possessive! 

Padahal benda tu kecik aje..bak kata hubby "tu semua punca la tu nak cari salah orang je keje nya"

Korang pernah tak rasa macam ni weh? Ke aku ni yg drama queen exaggerating? Apa la yang tak kena dengan aku ni? Jawapan penyedap hati - maybe aku penat & tak cukup tidur that's why aku moody :(

Aku personally rasa maybe dh terlampau banyak gangguan emosi yg aku pendam so dalam keadaan sekarang ni aku rasa dah tak terhandle lagi that's why meroyan aku pon sampai kot..

Nop..if you ever thought of "that" - forget it! Aku dh period pon bulan ni..tak payah nak jeng jeng jeng okeh hahah ;p 

Nota kaki : rete benda = harta benda

Wednesday, April 18, 2012

Introducing my Deepavali baby ;)

Salam,

6 months passed by since last post aku kat sini kan..mmg ngam2 je entry tu dated 20 October, tup tup 26 October on Deepavali tu lepas bertarung menahan sakit sehari semalam, aku selamat melahirkan putera sulung intan payung pengarang jantung (nak tercabut jantung pon yer kadang-kadang) ;)

So today officially nak introduce my lil boy :- 

Muhammad Aidil Fahmi bin Muhamad Izuan
D/P.O.B      : 26 October 2011 @ 1913hrs, PPUKM Cheras
Birth weight : 3.71kg (Normal delivery, alhamdulillah)

First hour after birth

His first day of life ;)

Boy he is growing up so fast, Fahmi's turning 6 months next week! Cepatnya masa...Budak debab ni mula meniarap masa 4-5 bulan & now tengah asyik angkat2 bontot sambil melonjak ke depan. Hobi dia meragam & menangis kuat-kuat sampai dapat nickname "Debab Uwei" dari kakak2 & abang2 kat rumah nenek Imah babysitter dia..padan muka hah haaa ;p

Tengkiyu Cik Jaja bagi kita baju Elmo ni..baru muat nak pakai ;)






To Ami, Mama doakan Ami sentiasa sihat, aktif, ceria..jgn kuat meragam nanti mama sangkut kat kipas k ;)

Mama Ami & Ayah!

Thursday, October 20, 2011

Update Pukal @ 38 weeks

Sekejap je rasa macam baru smlm dpt positive result UPT, tup tup ni dah final weeks. Badan dah start sakit-sakit, pinggang sakit, pelvic bone sakit, kaki bengkak dah sebulan lebih sampai sembahyang pun dah kena duduk atas kerusi..sighh

Ini kaki yer jaga sikit mulot tu! Hah hah ;p


Last month 14hb tiba-tiba pulak kene warded kat HKL sbb fetal tachy or bahasa senangnya fetal heart rate tinggi sangat. Puncanya aku demam & tak makan the whole day sbb dari pagi pegi routine checkup kat KK then menunggu lama yang amat, by the time masuk bilik misi dah tghari. Pastu bila heart rate baby tak cantik terus kene drip air sejam. Kene pulak tunggu doctor balik dari lunch, jumpa doctor terus kene refer ke hospital. Jammed bukan main teruk federal highway. Sampai HKL dah nak senja. Tunggu lagi giliran dekat patient assessment centre tu before dpt jumpa doctor & buat CTG scan sampai lah pakar kata "Ok warded!". 

Dapat bacaan 206. Tak pasal-pasal dapat pakej penginapan 3 hari 2 malam - makan minum ditanggung sepenuhnya ;)
 

Owh lupa lupa! Last month jugak 07/09 birthday my dearest hubby & aku dapat buat surprise utk Wan - special delivery pregnant belly cake ke office dia ngeh ngeh ;p

Kek yg diorder dari Jasmeen Home Delight sbb baker ni duduk area Shah Alam



Baju-baju baby dah siap dibasuh. Bila tgk bersidai bukan main banyak tu rasa tak sabar pon ade. At the same time nervous pon dtg! 




Barang-barang baby utk bawak ke hospital pon dah ready & dah masuk dlm kereta. Beg mama dia esok lusa gerenti siap. 


Last week tercapai jugak hasrat gedik aku nak buat maternity photoshoot dengan Zubye from Eyes of Grace Photography. Even though mula-mula Wan tak berapa setuju "membazir" katanya. Tapi sbb bini dia beria-ia jugak at last dia give up heheh ;p

This is one of the many shots. Yang lain belom siap edit lagi..can't wait!

No no no! Ini bukan gambar photoshoot tu yer. Ini cuma nak tunjuk preggy belly Wan jer kakakaka ;p
Dan terimalah pose syok sendiri tak hengat from mummy-to-be ;)

Kalau-kalau lah aku bersalin dulu sebelum sempat post new entry kat sini, cop cop..aku rajin sgt ke update blog masalahnya? Ok lah tukar ayat - kalau lah aku rajin nak update lagi lain kali maka ini bukan lah entry terakhir sebelum aku bersalin. Tapi kalau penyakit mim alif lam sin aku macam tu jugak, aku dengan rendah hatinya mohon supaya kwn-kwn semua tolong doakan aku semoga selamat bersalin, dapat baby yang sihat walafiat & dipermudahkan lah segala-galanya nanti yer! Tolong doakan baby aku ni tak rasa nak keluar waktu-waktu jammed kat KL ni esp. weekdays pagi & ptg..adehhh baby plss jangan buat gitu yer syg ;)

Aku jugak seikhlas-ikhlasnya mohon ampun & maaf pada kwn-kwn semua termasuklah yang kenal ke tak kenal ke, walaupun kita cuma pernah bersembang di alam maya ni je kan..aku harap sgt korang dapat maafkan andai ada gurau senda kita selama ni yang terlebih atau terkurang. Kepada Geng Bas Sekolah (you know who you are) yang all these while tak pernah jemu jadi sahabat aku - halalkan makan minum, ampun & maaf hujung rambut sampai hujung kaki ;)

Tengoklah kalau dalam pantang nanti kot-kot mood aku rajin pulak tiba-tiba (gigih nk bwk pc blk kampong kan sbb laptop wan nak pakai), ade lah update bergambar dgn si kecik tu. Till then, take care & wish me luck ;)

Friday, August 19, 2011

29 weeks

Waktu menaip entry ini, budak kecik kat dalam tgh menendang dgn kuat nya sebab dia lapar. Mama dia puasa jd bawak-bawak lah bersabar yer anak..Mama tak larat nak ganti puasa 30 hari. Last year punya balance 6 hari pon melepek nak habiskan haritu. Ramai yg tanya larat ke puasa? Alhamdulillah, setakat ni larat. Pekerja indon restoran bawah ofis ni cakap "kakak puasa? tak apa ke baby tak makan?" Dia tak tau ke badan aku ni dipenuhi zat yg lebih dari cukup utk baby ambek..setakat tak makan beberapa jam tu takde ape kot. So far baru tinggal sehari je - itu pon sbb kene minum air gula urghh sabo aje lah. Mama ko ni kan ratu minum air gula. Tiap kali datang klinik timbang mesti naik. Naik kalau sikit-sikit takpe, ini sekali naik terlebih 2 kilo, terlebih 1.6 kilo takde keampunan lagi. Setakat ni dah 2 kali kene minum air gula or bahasa klinik nya MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Nasib result setiap kali pon ok. Nanti 32 weeks kena minum lagi skali. AAK? Bukan aku tak boleh minum pon..alah macam ayor sirap aku bancuh terlebih gula je ape ade hal? Kah kah kah ;p




Kelmarin pergi buat scan 3D/4D kat Vision College Kelana Jaya ni je. Alhamdulillah baby ok..pipi chubby kata trainer yg scan tu. Muka dapat tgk walau pon dia asyik tutup dgn tangan dgn kaki. Ahad ni ada checkup kat private. Rabu next week checkup lagi kat KK. Sekarang dah kena checkup every 2 weeks..penat lah. Kematu ponggong nak tunggu giliran.

Alhamdulillah sepanjang 7 bulan ni, takde alahan pon. Tak tau la kot2 tak perasan, tp setakat ni muntah-muntah, tak boleh cium bau itu ini ke ape memang takde. Muntah ade sekali dua je itu pon masa gosok gigi. Oh baru aku tau masa tu macam mane lah org yg alahan teruk mmg kesian. Aku muntah 2 kali pon sampai terkencing sekali ko! Nasib lah mmg dalam bilik air tgh mandi. Kalau kat ofis ke tgh tgk tv ke dalam kereta ke dekat kedai makan? Uuuu tak boleh imagine!

Mengidam pon tak ade yg teruk-teruk macam nak honey chicken wings di tgh2 malam ke, nak peha rusa panggang ke, nak cendol rajasima ke kan..oh takde takde! Janji ada nasik, aku ok punya. Sesekali ajak Wan makan ABC tak pon aiskrim. Dah! Oh baru teringat ade la haritu sekali je kat ofis..masa tu ganti puasa. Tetiba teringat nak makan lasagna. So balik keje terus pegi makan lasagna sedap kat area ofis wan TTDI Jaya. Tu je kot.

Sepanjang puasa ni lagi senang..kalau kat rumah MIL dah masak nasik maka nya berbuka & sahur aku memang tibai nasik. Sampingan-sampingan tu takde pon takpe. Buah tembikai aku suka. Kalau berbuka kat luar dgn Wan or berbuka kat ofis ape pon boleh - nasik, bihun sup, koey teow goreng, maggie goreng pon aku tibai. Yang penting -- ada air ais ;) Haaa yer la kot aku suka minum ais je sekarang ni. Setengah orang kata tak elok sgt minum ais masa pregnant. Tapi bila aku pikir balik, nanti dah bersalin masa dalam pantang tentu-tentu tak boleh minum ais. Pastu kalau menyusukan anak pon tak boleh jugak minum ais. Oleh itu baik aku layan kan aje tekak aku sekarang. Kakak aku pon dulu mengandung tiap-tiap hari mesti minum ais..alhamdulillah elok aje anaknya besor dah pon..malas lah nak pantang sgt. Aku tak makan nenas, rebung, tebu, tapai suma tu pon dh cukup baik kan?

Sekarang ni aim tinggal satu je --> nak minum Coconut Shake Klebang ;p Last time masa kat Melaka Wan tak bagi minum sbb baru 6 mths++. Padahal dah lalu okeh depan gerai tu :( Misi ni akan direpeat bulan depan atau bulan satu lagi..akan dipastikan!

Barang keperluan baby ada yang dah dibeli sikit-sikit. InsyaAllah ada masa lagi..nasib ada kakak2, mak & member2 yg boleh dijadikan tempat rujukan. Bersalin insyaAllah kat sini tapi berpantang memang aku akan balik ke my home sweet home rumah mak yang tiada tolok bandingan nya dengan mana-mana rumah di dunia ;) Lagi pon mak aku dah pencen so die ada banyaaaaaak masa utk jaga cucu & anak nya yang pemalas ni. Nak mengada-ngada pon senang sbb mak kita sendiri, die lebih paham anak dia. Bidan urut pon dah ade, raya nanti nak pegi ambik nombor di rumah Si Busuk heheh. Tungku, bengkung, barut baby semuanya akan dirembat dari rumah kakak aku weekend ni. Jamu bersalin pon kakak aku volunteer nak pegi belikan, aku bagi duit je. Best ;p

Tahun ni raya terpaksa ikut giliran walau pon sob sob sob kene raya dgn MIL dulu kat kl..tapi takpe lah. Wan kata raya ke 2 nak balik tanjong yiehaaaa ;p Pastu raya ke 2 tu mak dgn akak2 adik aku semua nk pi melepak ke Pangkor. So dari kl terus pegi Lumut, tido sana..raya ke 3 baru balik rumah & start beraya ke rumah sedara mara & member-member. Nasib baik BFF pon tahun ni turn raya dgn in law die jugak so akan sama-sama giliran kat kampong raya ke 3. Mudah-mudahan tercapai lah hajat kitorang nak beraya sakan tahun ni, insyaAllah kan nok kan kan ;p

Wednesday, April 20, 2011

Panik tak ko? - Part 2

Sambung balik cerita smlm. So hari Ahad lepas pagi-pagi lagi aku dh bangun mandi siap2, w/pon rasa down sket, tapi aku tak puas hati selagi aku tak dpt confirmation. Aku tnya wan macam mane kalau betul-betul takde? Wan kata "adaaaaaa..jom kita check dulu"

Smpai kat hospital pusrawi, naik la tingkat 2 macam mamat kaunter emergency tu cakap..tgk2 kosong je sunyi sorang pn takde. Nasib baik terjumpa sorang akak doctor kat bilik sebelah, rupanya ahad mane ada bukak klinik pakar O&G tu, monday-sat je office hr. Cehh tak guna betoi dh kene tipu rupanya!  

Pusing punya pusing teringat akak aku ada bagitau kat Jln Peel ada satu klinik O&G, trus call akak aku mintak direction. Nama klinik tu Klinik Samuel. Memula scary gak sbb klinik nye kecik je pastu cam suram2 sket. Lady doctor sikh yg on duty hari tu. Aku cerita la dgn dia pasal aku pegi scan tak nampak la suma bla bla bla kan..Dia angguk2 pastu dia terus suruh scan. 

Skali die masuk kan transvaginal scan terus dia kata "Haa ni ada, ape pasal itu doctor cakap tak boleh nampak?" MasyaAllah, aku terus rasa legaaaaaaaaa giler! Tuhan je yg tau! Terus meleleh air mata aku ;(

Pastu dia suruh luruskan kaki and dia try buat top scan (scan atas perut), hahhaha ni yg kelakar. Dia pon tak nampak! Naik heran doctor tu dgn nurse..kata auntie nurse "oooo mmg tak nampak...bukan salah doctor tu, mmg btul top scan tak boleh nampak. Yg nampak cuma pundi kencing u aje". Doctor tak puas hati dia suruh kangkang balik, dia buat transvaginal scan lagi skali, SAH! Nurse tunjuk kepala baby, pastu tgk baby gerak-gerak then doctor bagi dengar heartbeat. Subhanallah, syukur betul rasanya...aku dh menangis macam ape je..bukan nya sedih, tapi lega + happy yg amat sangat ;)

Doctor kata punca tak nampak masa top scan adalah disebabkan KULIT PERUT AKU YG TEBAL! Eeeeeeee tak bleh terima nyeee!! Wakakkakaa takkan la kan? Banyak btul lemak ke hahahah..Nurse cakap "ini kali pertama kita buat top scan tak boleh nampak" uuUuuu ye ke? ;p

tgk dia relek jer haihh sabo je lah ;p

Tuesday, April 19, 2011

Panik tak ko? - Part 1

Ni aku nak cerita pasal kejadian panik weekend lepas. Macam yg korang sedia maklum, alhamdulillah kandungan aku nk masuk 12 weeks esok ;) Cepat je kan? Subhanallah..

Ok macam mane nk start ek? Gini, lepas aje buat UPT early March aritu, aku pegi klinik Pusrawi kt Jln Ipoh tu utk confirmkan betul ke tak aku pregnant. Pegi pon dah malam after work, so doctor just buat UPT lagi skali, and dia confirmkan betol la aku pregnant. Kira punya kira dia bagitau due date 3 November 2011. 

Lepas dari kejadian tu, mmg tak penah pegi lagi check ke ape. Sebab? Sebab tak terikut jadual doctor yg incharge pregnancy checkup kt situ. Sekejap dia keje pagi, sekejap ptg, sabtu kadang ade kadang cuti, ahad sekejap nurse kata ade skejap cuti. Kitorang pulak kalau nak ke sana weekdays terpaksa cari time yg wan tak bz baru boleh pegi. Aku asyik call klinik tp mesti time kitorang nak pegi tu doctor takde. Last2 mak fed up!

Sabtu lepas pagi2 lagi aku suruh wan hantar pegi rumah akak aku kat desa pandan. Aku mengadu la dgn akak aku psl klinik pusrawi tu, pastu akak aku pon bebel la kenapa aku sibuk sgt nk pegi klinik pusrawi sedangkn banyak lagi klinik lain boleh scan, siap boleh pegi malam lagi! Mane la aku tau kan? Hah hah..last2 dia suruh pegi klinik depan rumah die je senang, tutup pon pukul 12 tgh mlm. 

Malam bila wan dtg ambik, singgah la kitorang klinik yg dimentionkan oleh akak aku. Doctor incharge mlm tu doctor perempuan muda. Lepas interbiu lebih kurang, doctor pon suruh aku baring kt katil die, tonyoh2 jeli die pon letak la scanner tu kat perut aku. Tekan-tekan tak nampak apa, dia kata kat nurse "kat bawah lagi ni". Nurse pon selak lagi seluar aku ke bawah (sila jangan fikir lucah). Doctor tenyeh lagi scanner tu..aku nampak la ada imej macam rahim kat screen dia tu. Tetiba doctor tu kata "eh, takda apa pon" Dia try 2-3 kali, pastu dia pon letak balik scanner kat mesin tu, terus duduk kt kerusi dia. Panik tak ko? 

Aku pon betul-betul kan seluar, aku duduk balik kat kerusi. Doctor tu dgn muka serba salah dia kata :-

" Saya tak nampak apa-apa pon. Bladder u cantik, full..tapi kandungan u nampak kosong. U dah 11 minggu, nk masuk 12 minggu, sepatutnya dh nak jadi baby & dh ada heartbeat. Saya takut kalau-kalau kandungan u tak grow..kita panggil sebagai missed abortion, ini semua bergantung pada rezeki. Kalau u nak lebih sure, u kene cari klinik yg ada buat scan dari bawah, kat sini kita tak ada. Scan tu lebih direct ke rahim jadi lebih clear. Kalau dah scan dari bawah pon tak nampak juga, maknanya mmg takde. U kena check mane tau kena cuci ke apa. "

Aku masa tu tak tau nak nangis ke nak marah? Doctor tnya ada tak bleeding ke ape? Aku cakap la takde, kalau ada sure aku perasan. Aku tanya doctor ada kemungkinan tak 11 weeks scan tak nampak lagi? Dia kata impossible! After a few argument, doctor tu suggest aku buat lagi sekali UPT, just to be sure. Dia tegaskan lagi skali "kalau betul kandungan u tak jadi, line pada UPT akan still double, cuma kabur sebab hormone mmg ambik masa utk keluar dari badan u".

Lepas few minutes bagi urine kat kaunter, nurse panggil masuk semula. Doctor letak UPT tu atas meja, aku mmg nampak double line clear! Doctor tu kata urine aku still positif, so dia nasihatkan aku pegi buat transvaginal scan. Oh btw, doctor tu tak tau sebut transvaginal scan - dia sebut "scan dari bawah" ;p

Balik lah aku dgn wan malam tu dlm keadaan frust yg amat, Allah je yg tau. Otw tu singgah hospital pusrawi, tanya dkt kaunter emergency boleh tak dtg scan pregnancy hari ahad. Mamat jaga kaunter tu dgn muka confident kata boleh, pagi smpai petang. Kitorang pon decide esoknya pagi2 nak pegi. Kepala aku dh berdenyut sakit yg amat sbb memikir macam-macam kemungkinan. Sepanjang malam tidur tak lena sbb sakit sgt..yang yer nye aku tak sabo nk pegi hospital ;(

...to be continued 

Tuesday, March 8, 2011

3 Hari Lagi Wedding Anniversary

Tahun lepas pada tarikh 12 Mac 2010, aku selamat dinikahkan dengan suami pujaan hati.

3 hari lagi kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama.

Hadiah yg aku dapat tahun ni amat bermakna. Alhamdulillah.

Semoga rumahtangga kami kekal bahagia, dirahmati Allah swt, diberkati, dilimpahi rezeki yg tak putus & dilindungi dari segala kesukaran di dunia & akhirat.

Amin.

Nota kaki : Ye, aku update blog 2 kali setahun ;)

Friday, December 10, 2010

Tahniah uols!

Aku nak ucapkan tahniah secara pukal kat sini sebab ramai sangat :-

First of all, congrats to member-member aku yang dah pregnant ujung-ujung tahun ni samada 1st baby or 2nd ke 3rd ke tak kisah lah.

Source : Google Image

  • Tahniah kat ex-classmates aku Mazliana Mazlan aka Ya, dia kawen lepas aku tapi die dulu pregnant. 
  • Oh tak lupa ex-classmates gak Puan Syimie, pon kawen lepas aku jugak.
  • Zura adik ex-classmates aku masa sekolah menengah pon dah berjaya pregnant anak sulung selepas almost a year & half kawen. 
  • Tadi ni aku baru dapat sms dari one of bestfrens aku Kak Fiza, dia pon dah pregnant second child. Tahun depan Zaim dapat adik. Yeay!! 

Takziah untuk bestfren aku Kak Ina sebab keguguran baru-baru ni. Aku doakan ade la rezeki Kak Ina nanti esok lusa, insyaallah ;)


Tak lupa jugak untuk sahabat-sahabat yang baru melahirkan baby tahun ni..

Source : Google Image

  • Nor Azlin Zaki aka Lin kenot (ampown lin!! martylamak!) yang baru je melahirkan baby girl bernama Aleaya Sofea pada 29 November yang lepas. 
  • Kakak BFF aku pon selamat melahirkan baby boy yang ditunggu-tunggu nya sejak 10 tahun yang lepas sbb asyik dapat girl je dah 4 kali..tarikh yang sama jugak 29 November, di hospital yang sama dengan Lin.

Tahniah & semoga zuriat kalian diberkati Allah swt & memperoleh kebahagiaan dunia & akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, December 6, 2010

Lesung Batu

Picture credit to Romy Azeer

Ape hadiah kawen korang yang paling unik? Aku - Lesung Batu. Staff Wan bagi. Tapi aku bukan nak cerita pasal hadiah kawen yang unik tau, ade kisah yang tak dpt aku lupakan sampai hari ni - pasal hadiah lesung batu yang aku dapat tu! 

Aku pon dah lupa, tapi rasanya masa tu aku baru kawen lebih kurang 1-2 mths..inai still merah la kira. One day, ex-colleague aku ym borak-borak. Aku pon layan je lah since dah lama gak tak jumpa die and borak-borak kan. Kitorang quite close dulu kemana pon berdua, makan sama-sama, kalau husband die outstation aku penah je temankan die kat umah, kalau beli kain pasang corak mesti sama, warna je lain..pendek kata mmg baik lah. Dia banyak tolong aku, aku mmg tak boleh nafikan.

Until die tnyer pasal hadiah kawen yg aku dapat. So aku cerita la dgn excited nye..sampai part aku cakap "paling best staff wan bagi -->> lesung batu beso! suma family wan gelak beso tgk" pastu aku pn tergelak beria-ia gak sbb geli hati kan ;p Suddenly, ex-colleague aku ni trus reply dgn ayat yg serious giler pastu dgn gaya ayat yang boleh buat orang pengsan die kata (aku copy paste dari archive) :-

"ya allahhhhhhhhhhh lesung batooooooo..lesung yg utk masak tu ker? ya allahhhhhhhhh..banyakkan solat! teguh kan iman..kalau bergaduh banyakkan mengalah yer"

Kalau korang kat tempat aku, ape reaction korang????

At that time aku dapat rasa darah aku macam menyirap laju ke muka pastu muka aku jadi panas! (mesti merah kot, aku tak tau sbb tak nampak) Macam nak pengsan ade, macam nak menangis ade, macam nak marah ade, macam nak maki orang paaaaaaaaaaaling banyak lah! Dalam pada tu kompius pon ade tau, cam blurr pn yer sbb seriously no idea ape yg die cuba sampaikan? Aku releks..tarik napas, pastu aku tnyer die balik "Naper ****?"

Die pon mula lah bagi explanation yang panjang berjela beria-ia dgn penuh confident nak meyakinkan aku ape yang die cakap tu mmg betul siap bagi contoh & bukti yer!! 

"ehhhh tak elok tau bg lesung batu tu, lesung batu ni biar kita beli sendiri. lesung batu ni kalau org bg menandakan perkhawinan tak kekal lama. aku tak percaya benda ni tau tapi kebanyakkan nyer berlaku. tapi toksah peningkan kepala lah...emak aku pun kata tak elok..emak kawan aku pun kata tak elok! dia pun dengar dari org tau. waktu emak dia khawin dia dapat lesung then ada org citer pasal benda ni tapi tak ambik pot..then perkhawinan tak kekal lama sal..kawan aku yg jadik lecturer tu. tapi tak yah fikirlah sal..banyak berdoa jgn tinggal solat tau...

waktu emak aku khawin ada org jeles tau..waktu mlm berinai ni..emak aku pengsan then lesung berbelah dua..aku ada citer kat kau kan..petanda tak elok...buang nanti2 jer. tapi ko beli sendiri..jgn pakailah..aku bukan nak percaya tapi takot "

Harussssss laaaaaaaaar?????? Kejiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sgt tauuuuu!!

Lepas dengar tu aku terus takde mood nak wat keje, aku nangis pastu aku dok memikir betul ke tak ape yang kwn aku cakap tu? Aku sms Wan citer pasal ni, tapi aku pulak yang kene marah balik! Wan kata aku ni suka dengar cakap orang, percaya membabi buta kepercayaan karut sedangkan jodoh & ajal tu semuanya ketentuan Allah swt, bukan nya orang tua atau pon kepercayaan orang kampong..

Aku tak puas hati, aku call mak aku..mak aku cakap seumur hidup die tak penah lagi dengar ade kepercayaan gitu! Akak aku pon cakap yang sama. Aku tanyer pulak MIL, pon tak percaya. Mak aku cakap :-
"Mak mmg tak percaya benda-benda gini..pada mak bahagia atau tak, panjang atau tak jodoh seseorang tu terpulang kepada Allah. Dia yang mengaturnya, kita hanya berdoa. Mak rasa mungkin ini semua kepercayaan kampong si **** tu aje, maklum le org kampong kan suka percaya benda-benda macam ni..tapi kita tak boleh pegang ni semua sa..kita ada agama, kita sembahyang, kita hanya percaya pada kuasa Allah"

Tak puas hati lagihhh, aku siap google pasal hadiah kawen lesung batu, tapi takde satu pon aku jumpa! 

Even tho' hati aku still rasa tak best, slowly aku cuba lupakan je pasal ni. Aku tawakal & serahkan segala-galanya pada Allah swt sebab rasanya itu yang terbaik. Cuma aku rasa terkilan. Sebab pada aku (pada aku okeh, org lain aku tak tau) kalau kita anggap someone tu kawan or sahabat kita, kita takkan cakap ape-ape yang boleh bagi kawan kita terasa kan? Apetah lagi cakap yang bukan-bukan pada kawan yang baru bertatih nak menempuh alam berumahtangga macam aku ni...kan? Ke aku je yang rasa gini? Or kepercayaan ni memang betul?

Sampai sekarang aku still kecik ati dengan apa yg kwn aku ni cakap. Seriously aku tak boleh lupakan lansong! Bila die call, or dtg jumpa aku..aku still jumpa tapi tak sehappy dulu lagi. Kalau die call, aku tak berapa ader mood nak borak-borak macam dulu dah..jangan salahkan aku, aku mmg tak dapat accept..sorry lah ;(   ***eh bukan die yang patut say sorry kat aku ke??

Ingatkan dah habes sampai situ..ade la skali tu aku jumpa die kat Jalan Tar, boleh die tnyer "Sal, ko dah bagitau Wan pasal yang aku cakap tu? Ape die cakap? Mak ko cakap ape?"

Tuhan je yang tau ape aku rasa taim tu. Kalau ikutkan ati aku yang tgh panas masa tu nak ajer aku tumbuk muka die! Aku tahan je pastu aku cakap..

"Haa dah. Wan marah aku balik..die kata toksah percaya kepercayaan karut. Mak aku kata die tak penah dengar pon & tak percaya lansong..dia kata tu suma karut, kepercayaan org kampong! Mak aku cakap semuanya kuasa Allah, takde kene mengena dgn lesung batu"

Die terdiam pastu senyum je. Ever since that day, aku jadi marah betul dgn die. Aku mmg malas dah nak jumpa die kalau boleh. Die invite open house raya lepas pon aku bagi alasan & tak pegi..kebetulan Wan pulak balik keje lewat ptg dah nak maghrib, jadi memang tak pegi. Macam takde hati dah la..sedih btul rasa nye ;(

Hopefully aku tak jumpa dah kawan macam gini pasni ek..kita sentiasa doakan kebahagiaan kawan-kawan, bukan doakan keruntuhan btul tak?

Tuesday, November 9, 2010

10 Shocking Secrets of the First Year of Marriage

 


Dapat dari :-


First time terbaca haritu, aku dh nekad nk share kt sini tp sbb takde mood nak update blog..maka aku abaikan aje..here goes..


1. THE SHOCK: You'll gain a little love weight. 

Yang ni memang tak dapat disangkal lagi..aku rasa bukan aku je ade masalah ni. Korang pon sama kot..kan? Kah kah kah..love weight omputeh kata maklum la dah happy dapat hidup berdua, hari-hari depan mata siang malam..celik aje bijik mata dah nampak batang idung hubby ko giler tak happy?

Before kenal hubby berat aku 62.9kg sahaja ye tuan-tuan & puan-puan. Bila dah couple, berat makin bertambah sbb faktor happy ni tadi..lepas bertunang, naik lagi tudiah...dan selepas kawen haa ambek ko 81.5kg humakaih!

Kalau dulu masa bertunang sanggup hari-hari lepas keje jogging keliling tasik Titiwangsa tu sejam dua..sekarang aku sibuk nk kejar balik umah nk masak..kalau tak masak pn makan dulu kt luar then balik cepat2 mandi pastu nk iron baju suami terchenta pastu nk cepat tidor (kihkihkih)! Hoih korang sengih pehal? Aku belom abes lagik..nak cepat tidor sbb esok pagi nk bangun awal lah nk siapkan breakfast pulak! Ni kalau MIL blk kampong la..sbb skrang kan aku still dok ngn MIL. Kalau MIL ade, maka aku jarang2 sgt memasak sbb slalunya blk keje/bangun je tidur sumanya dah siap..best tak? ;p

Sekarang ni pon aku tgh mendietkan diri..tapi entah la macam tak turun-turun pown ;(



2. THE SHOCK: Your B-list buds will go MIA.

Hmm..memula aku pikir gak ade ke jadi kat aku? Pastu pk punye pk..ye laaaaaa ;(

Kehidupan berkawan berpoya-poya berjimba-jimba dah terhad & terbatas dek kerana aku skrang dah kawen, jadi ape-ape nak buat kene dapat izin suami, kene pegi dgn suami, kene tunggu suami..hmmph mak sentap! Maka, oleh kerana itu member-member yg dulu rapat masing-masing akan cari geng baru sbb kita dah takleh sgt nk join derang kan? Aku tak salahkan member-member aku..aku pon paham! Bila BFF aku kawen last time, aku pn kene gak join member-member yg single mingle kalo nak ke mane-mane sbb nye BFF aku kdg2 tak dpt join...

Sorang lagi BFF aku plak sejak aku kawen aritu, lansong senyap jek..balik KL pn tak cari aku dah..aku mula-mula pelik gak die bengang ngn aku ke kan? Tapi rupanya...sbb aku dh kawen. Dia tanak bebankan aku ngn problem die lagi..walaupown to be honest aku x kisah..

Another two BFFS aku plak derang ni lebih paham sket sbbnya derang pn dah kawen lebih lama dari aku. Ktorang still jumpa, still keluar lepak skali cuma tak sekerap masa aku bujang dulu..

Guess this is the fact of life..the phase where kita kene slowly redha yg kehidupan kita takkan boleh sama macam dulu lagi. Kita tak sorang lagi nak buat ape pon..kene give & take dan paling penting sebagai isteri - kene dapat izin dari suami dulu kalau nak keluar umah. Mak pasrah nok!



3. THE SHOCK: Your sex life will be off the charts—sometimes.

Ohh yang ke-3 ni kita org Islam tak bulih amalkan pasal nya kita sex after married yer! Maknanya selepas kawen akan semakin rancak. Sekian.



4. THE SHOCK: You won't unpack your china for six months.

Hah hadiah kawen mmg berkotak-kotak tak berusik pon lagi..tapi bukan aku sengaja..again, aku kan masih dok ngn MIL maka nya pakai je lah barang-barang yg dah ada..MIL aku pn slalu tak nak kalau aku nak bukak pinggan mangkuk baru tu soh die pakai..die kata simpan utk rumah kami nanti. Insyaallah bila aku & hubby pindah nanti...aku akan bukak suma kotak-kotak tu & display kan pinggan mangkuk, gelas cawan, lampu tidur yg melambak-lambak, oven, kipas (ni dah pakai), rice cooker, periuk belanga, blender, heater, lesung batu or sexy lingerie (yang gatai ni Gia ex-housemate aku bagi-dah rasmikan pon kat Thailand masa honeymoon) yg korang hadiahkan ek ;) 



5. THE SHOCK: You'll do the dishes; your husband will fix stuff.

Aku nak adjust sket - You'll do the dishes, your husband will watch Tv!

Tu baru betul..ko tgh berkungfu dengan kuali sudip bagai, suami ko tgh kunyah biskut rokok Apollo sambil tgk cerita "Blues Pasar Tani", "Bujang Sepah" or "Halimah Jongang" walau pown hubby aku kadang-kadang je die buat perangai gini..tapi ni realiti! Ko pegi tnya sape pon yg dah kawen, komplen ni sure ade punya..jangan menipu la takde puihh! Hahahhaha..

Kadang pon bukan aku tak nak die tolong, cthnya: sidai baju. Bila die dah sidai kang mata aku ade jeeeeee yg tak sedap dipandang. Last-last aku pegi betoikan balik jugak..jadi serupa macam aku tak payah suruh kot kan! Kecuali basuh pinggan takpe..hubby aku rajin basuh pinggan kalau die tgk aku ade keje..bancuh air pon rajin gak..kalau pagi aku dah siap masak inti sandwich, die rajin je nak tolong lipat roti. Hopefully berkekalan lah rajin tu sampai bila-bila yer..Amin!



6. THE SHOCK: Even though you'll have two paychecks, you'll still feel broke.

Ini mmg shock antarabangsa rupanya..ingatkan aku sorang je? Sepatutnya dah ada 2 sumber pendapatan makin banyak berlebih..rupanya kadang shot jugak..adeh! Ada je yg kena dibeli, kena ditambah, ade aje yg dah habis, ade aje yang nak pakai..haih pendek kata makin banyak duit yang keluar lah..tapi nak buat macam mane kan, kita kene yakin je rezeki kita akan sentiasa ada Allah swt bagi..maybe keluar kt sini tapi sana masuk..yang penting adalah macam mana kita plan & manage financial sama-sama. Dugaan 1st year of marriage ni mmg hebat. Org putih kata if your marriage can survive the first year, then your marriage can survive anything!



7. THE SHOCK: You won't want to spend every moment with your new husband.

Ni bukan bermakna ko tak suka nk tgk muka husband ko setiap masa..NO, bukan itu yer. Kalau ko dah sampai tahap meluat tgk muka husband ko setiap masa - itu maknanya ko tgh makan ubat hormon! Hah hah        ***Aiza akan berkata "err..menceritakan pengalaman sendiri ke?" SADAP u!!***

Tapi sometimes..*notice-sometimes, not all the times* ko mmg nak sgt me-time! Nak lepak dgn member-member borak sampai gelak keluar air mata..serious! Or maybe ko nak sgt dok depan Tv tanpa ade sebarang gangguan dari husband yg nak rebut remote sbb die nak tukar channel kegemaran die..sedangkan ko nak sgt2 habiskan tgk CSI, Jamie Oliver, Nigella Bites, Stager Invasion, Cake Boss, Keeping Up With The Kardashians, Kimora Lee : Life in the Fab Lane or siaran ulangan Desperate Housewives!



8. THE SHOCK: You'll go to bed mad, even though you vowed not to—ever.

Aku penah baca somewhere, don't go to bed mad..tapi kadang-kadang tak leh nak elak jugak der..sbbnya kalau dah gadoh2 manja versi suami isteri taim dkt2 nk tidor, hubby aku mmg akan masok bilik, baring pehtu pejam mata je terus. Kira tanda marah & protes lah tu...walau ko ajak gadoh lagi ke pujuk macam mane pn die takkan bangun punye. Kalau die menyahut kita panggil kira dah cukup bagus la tu!

Actually better that way kot rather than continue bertekak sampai baling-baling lampu tidur kan? Wat pecah je lampu adiah kawen yg korang bagi tu kan! Rogi..rogi...Bila aku dengar hubby dah berdengkur tu maknanya aku kene tidur je lah..esok pagi-pagi die celik je bijik mata gerenti die kiss punya heheh..Dia misti akan sejuk ati automatic je switch moody die dah off ;)



9. THE SHOCK: Being a wife won't mean you'll instantly have skills worthy of an Iron Chef.

Aku tak masak kan hubby aku Maggie tiap-tiap hari tu kira ok la kan? Mmg betul, cooking skills ni kene practise baru bulih menjadi..kalau setakat selak je buku resepi tapi teknik tak kene tak jadi jugak kan? Dulu taim bujang rajin gak lah aku memasak dgn ex-housemate aku si Gia yg bagi lingerie gatai tu..aku paling suka dia buat sambal sardin, asam pedas, ceasar salad, sayur goreng (apa-apa sayur pon kalau die yg goreng aku rasa sedap nape tah?). Gia pulak suka kalau aku buat sambal ikan bilis, chicken stew, sup mushroom+chicken+cream corn, rendang ayam, kek batik..macam2 lah. Kengkadang datang angin gila kitorang tah hape2 resepi yg kitorang tibai..rindu nyer zaman bujang!! 
 
So bila dah kawen ni aku dapat praktikkan memasak on weekend or bila MIL blk kampong..hubby aku pulak hari-hari mesti kene ada sambal..sambal ikan bilis or sambal telor hancur..or kedua-duanya skali yer tuan-tuan! Kolesterol sgtttttttt uols..kengkadang aku masak menjadi, kadang TAK JADI! Kakakaka..nasib hubby sporting nak jaga ati bini punyer pasal, die telan je..Martylamak! ;p 



10. THE SHOCK: The world will feel like a better place.

Bila dah kawen, segala problem or challenge ko face together..mmg best! Tho' sumtimes ko menangis, sumtimes ko mengamok (yes!), sumtimes ko merajuk, sumtimes ko rasa give up - at the end of the day, ko sentiasa tau there's sumone yg akan sentiasa ada kat sebelah ko utk share semua tu ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com